Motosikal

SKUTER WMOTO ES125 MASUK PASARAN MALAYSIA. HARGA BERMULA RM4,588

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. memperkenalkan skuter terbaharu WMoto ES125 kepada penggemar skuter tempatan.

WMoto ES125 menawarkan dua edisi Standard dan Special Edition (SE) dengan masing-masing dijual pada harga bermula RM4,588 dan RM4,888.

Skuter edisi Standard yang memiliki rekaan ringkas itu mendapat sentuhan warna merah, hitam dan kelabu.

Bagi edisi Special Edition pula, ia didatangkan dengan warna biru pirus yang menyerlahkan lagi sisi sporty skuter tersebut.

Jentera terbaharu ini  memiliki dimensi panjang 1,860mm, lebar 690mm dan tinggi 1,065mm sertajarak roda 1,295mm.

WMoto ES125 dilengkapi lampu DRL memiliki kapasiti bahan api sehingga 3 liter malah didatangkan dengan berat 95 kg sahaja.

Ia sekali gus memudahkan pengendalian tunggangan serta amat sesuai digunakan sebagai kenderaan harian malah menjimatkan penggunaan petrol.

Selain itu, skuter terbaharu ini mendapat khidmat enjin 4 lejang silinder tunggal 118.8 cc penyejukan udara dipadankan teknologi mesra alam Environment Care System (ECS).

WMoto ES125 mampu menjana kuasa 6.5Kw pada 7,500 rpm dan tork 9.5Nm apabila mencecah 6,000 rpm dengan transmisi CVT.

Sistem suspensi di bahagian hadapan pula, dilengkapi teleskopik dan penyerap hentakan di bahagian belakang.

Pengguna juga boleh menghidupkan jentera dengan dua pilihan sistem penghidup jenis elektrik dan penghidup tendang.

Penunggang tidak perlu bimbang keselamatan barangan kerana terdapat ruang simpanan di bawah tempat duduk berkapasiti 9 liter.

Ia turut dilengkapi port pengecasan USB di bahagian bagi keselesaan untuk mengecas telefon.

Google ads
Back to top button