
APRILIA ALL STARS SUMBANG €200,000 BANTU MANGSA BANJIR DI EMILIA ROMAGNA
Wilayah Emilia Romagna, Itali baru-baru ini telah dilanda banjir buruk sehingga mengorbankan kira-kira 15 orang nyawa, sementara ribuan lagi kehilangan tempat tinggal.
Prihatin dengan situasi tersebut, Aprilia telah berjaya mengumpulkan dana berjumlah €200,000 (RM968,162) menerusi acara tahunan Aprilia All Stars yang dianjurkan.
Lebih 15,000 orang membanjiri Misano World Circuit Marco Simoncelli di Rimini pada bulan lepas, dan turut dihadiri sendiri oleh nama-nama besar termasuklah Aleix Espargaró, Maverick Viñales, Lorenzo Savadori, Miguel Oliveira, Raul Fernandez, lagenda Max Biaggi, Loris Capirossi dan Alex Gramigni.
Setiap peserta mendermakan wang bernilai €10, dan jumlah keseluruhan kutipan telah ditambah menerusi acara pengumpulan dana sepanjang hujung minggu tersebut.
Sesetengah pelumba turut membawa sendiri barangan dan aksesori untuk dilelong, dan hasil daripada lelongan tersebut telah ditambah ke dalam tabung bantuan mangsa banjir. – VisorDown