Motosikal

HONDA NX500 E-CLUTCH DIUMUMKAN – RM34,099

Boon Siew Honda mengumumkan ketibaan Honda NX500 E-Clutch untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM34.,099. 

Kelebihan utama E-Clutch adalah memberikan penunggang pilihan untuk menukar gear dengan lebih mudah dan efisien tanpa perlu menarik klac. Namun begitu, klac masih boleh digunakan sekiranya mahu mengendalikan motosikal secara konvensional. 

Menggerakan NX500 adalah enjin dua silinder (parallel-twin 471cc yang berupaya menjana 47hp dan 45Nm. Motosikal jenis crossover adventure ini turut dilengkapi dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan ABS secara standard. 

Bagi yang mencari motosikal praktikal, NX500 wajar dipertimbangkan ekoran hanya seberat 199kg dan mudah diakses ekoran ketinggian tempat duduk hanya 830mm. 

Bagi pasaran tempatan, NX500 E-Clutch ini hadir dengan dua warna pilihan; Pearl Horizon White dan Matte Gunpowder Black Metallic. 

Google ads
Back to top button