Buletin

ARRC AUSTRALIA: AZROY SATU-SATUNYA PELUMBA MALAYSIA KE PODIUM

Azroy Hakeem Anuar telah menjadi pelumba terbaik Malaysia pada Pusingan 2 Kejohanan FIM ARRC 2019 di Australia hujung minggu ini. Pada Race 1 pada hari Sabtu, Azroy adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang memperolehi podium apabila dia memulakan perlumbaan SuperSports 600cc dari tempat ketiga di grid untuk menamatkan kedudukan yang sama pada penghujung perlumbaan.

Perlumbaan 600cc bermula dengan Peerapong Boonlert memintas Ibrahim Norrodin untuk mendahului. Sementara penunggang Yamaha Thai mengekalkan posisi, Azroy terperangkap dalam kumpulan kedua dengan Ibrahim Norrodin, rakan sepasukan Helmi Azman dan pelumba Sepanyol, Javier Orellana.

Helmi terlibat dalam kemalangan di P2 di Lap 6 tetapi berjaya kembali semjula ke pit. Azroy menunggu dua pusingan akhir sebelum menghambat kedudukan podium. Penunggang Musashi Boon Siew Honda Racing berjaya mengetepikan Ibrahim Norrodin, tetapi tidak dapat menghalang Javier Orellana di tempat kedua.

Peerapong memenangi perlumbaan dengan catatan masa 19’39.440s. Tempat kedua ialah Javier dengan catatan 19’43.353s dan Azroy, 19’43.926s.

Dalam kelas ASB1000, pasangan Malaysia Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah terlepas podium apabila mereka menduduki tempat kempat dan kelima dalam perlumbaan di belakang pemenang perlumbaan Bryan Staring, Broc Parkes dan Yuki Ito.

Google ads
Back to top button