Artikel Pilihan

ASAL USUL LOGO KERETA. LOGO SKANDAL PUN ADA.

Logo kereta yang ditampal pada bahagian depan bonet depan atau bonet belakang kereta boleh dikaitkan dengan jenama dan sesetngah jenama memiliki nilai yang sangat mahal dari segi kualitatif. Sebagai contoh jenama Toyota bernilai 51.59 billion USD pada tahun 2019. Kali ini kita akan lihat asal usul logo yang digunakan pada kereta jenama terkenal di dunia

1. BMW – Bayerische Motoren Werke AG pada asalnya merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri penerbangan semenjak awal tahun 1913 lagi. Ketika awala perang dunia kedua, BMW membekalkan enjin 6 silinder sebaris untuk kegunaan kapal terbang perang yang digunakan oleh tentera Jerman.

Asal warna biru dan putih merupakan warna jata rasmi Bavaria. Undang-undang ketika itu melarang sebarang penggunaan jata rasmi Bavaria digunakan pada simbol perniagaan. Logo kipas kapal terbang dengan logo biru putih ini mula digunakan pada satu iklan surat khabar pada tahun 1929

2. Volvo – volvo dimulakan oleh Assar Gabrielsson dan Gustaf Larson merupakan sebuah syarikat perusahan logam yang menghasilkan bearing (alas bebola besi). Nama Volvo berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud “saya bergolek” didaftarkan secara rasmi pada tahun 1922

Pada tahun 1930 logo baru dengan imej yang lebih kuat diperkenalkan dengan satu anak panah menunjukkan pada simbol keluli diperkenalkan san simbol ini kekal digunakan sehingga kini

3. Porsche – sumber pertama mengatakan logo in berasal dari jata (coats of arms) People States od Wurttemberg. Sumber kedua pula mengatakan ia direka oleh Ferry Porcshe sementara menunggu pengimport kereta daripada Amerika. Franz Xaver Reimpies seorang kakitangan syarikat Porsche menambahbaik rekaan ini

Ibu pejabat Porsche terletak di Stuttgart dimana ia merupakan kawasan terkenal bagi pembiakan kuda baka yang terbaik. Logo kuda hitam merupakan logo rasmi bagi Stuttgart.

4. Rolls Royce – asalnya RR tiada logo rasmi sehinggalah seorang ahli politik iaitu Baron John Montagu mengarahkan seorang juruukir Charles Robinson Sykes membuat satu ukiran khas untuk kereta RR miliknya iaitu RR Silver Ghost. Gosip mengatakan Montagu ada skandal dengan pelakon Eleanor Velasco jadi ukiran ini dibuat berdasarkan bayangan Eleanor. Logo ini dikenali dengan nama The Whisper

Disebabkan beberapa pelanggan RR meletakkan logo tak senonoh pada kereta mereka, RR menghubungi Sykes untuk menghasilkan ukiran khas untuk jenama RR, sesuatu yang melambangkan semangat RR. Sykes mengubah rekaan The Wishper bagi menghasilkan The Spirit of Speed yang akhirnya dikenali sebagai The Spirit of Ecstasy.

5. Subaru – dalam bahasa Jepun, Subaru merujuk kepada satu gugusan bintang-bintang Pleiades atau Messier 45. Gugusan bintang-bintang ini diterjemahkan dalam logo yang merangkumi 6 bintang sebab sangat susah nak letak 45 bintang dalam satu logo. Dalam logo Subaru, bintang ke 7 sengaja dihilangkan bagi melambangkan sesuatu yang misteri

Satu sumber lain mengatakan Fuji Heavy Industries terbentuk dari gabungan 5 syarikat bagi membentuk satu kongmolerat yang kuat yang diwakili oleh satu bintang besar sahaja.

6. Mazda – asalnya Mazda merupakan satu syarikat yang menghasilkan gabus, dan jenama ini dihidupkan semula pada tahun 1927 dengan menghasilkan motosikal roda 3 oleh Jujiro Matsuda. Logo ini melalui beberapa fasa perubahan bermula dari tahun 1934 dengan tulisan Mazda sehingga menjadi bulat pada tahun 1992

Pada tahun 1997, pengurusan Mazda bercadang untuk mengukuhkan jenama Mazda dan bertindak menukar sekali lagi logo. Seorang pereka grafik Rei Yoshimara menghasilkan logo Mazda yang diilhamkan dari bentuk burung hantu yang secara tidak langsung menggambarkan huruf M (Mazda)

7. Toyota – syarikat ini diasaskan oleh Kiichiro Toyoda pada 28 Ogos 1937 pada asalnya ialah syarikat yang menghasilkan alat tenunan atau menjahit kain. Pada asalnya Toyota hanya menggunakan perkataan “TOYOTA” sebagai logo syarikat. Logo yang dikenali pada hari ini sebenarnya dihasilkan pada tahun 1989

Jika dilihat pada logo Toyota, ia sebenarnya melambangkan huruf T. Ada pendapat kedua mengatakan ia menggambarkan bentuk bumi (global). Pendapat ketiga mengatakan ia menggambarkan benang yang memasuki lubang jarum yang menjadi asas pembentukan syarikat Toyota.

Google ads
Back to top button