
USED CAR DAJAL. TIPU MILEAGE, LAMPU CHECK ENJIN DIPADAM!
Ini maklumat yang kami terima daripada laman Facebook Malaysian Modders. Kalau korang ikut page ni, mereka memang aktif dalam memberi maklumat tentang penipuan yang dilakukan oleh kedai aksesori, bengkel kereta dan sebagainya.
Jadi, sebagai peringatan kepada semua, sila berhati-hati jika berurusan dengan kedai kereta terpakai MY AUTO CITY TRADING yang beroperasi di Jalan Reko, Kajang, Selangor.
“Info sahih. MY auto. Jalan reko, kajang. Pakar blacklist dan pakar blacktape. Menipu meter. Tutup lampu transmission, airbag. Viralkan.” – tulis Malaysian Modders.

Status itu kemudian menerima lebih 441 komen dengan 591 perkongsian. Antara komen yang diterima adalah daripada mangsa penipuan kedai itu sendiri, Mnh Bonz.
“Thanks admin. Tu posting saya. Kecewa sangat hari ni dapat tahu kereta selama ni bermasalah tapi tak dapat kesan awal sebab warning signal dah kena tampal,” tulisnya.
Kedai kereta terpakai itu didakwa menipu jarak perbatuan (mileage) dan lebih teruk lagi memadan lampu check enjin. Ini menyebabkan pembeli tidak tahu jika enjin kereta mereka bermasalah. Sedar-sedar, dah rosak teruk kerana tidak dibaiki.
Menurut komen-komen yang dibaca, kedai tersebut banyak menjual model Proton Preve.

“Saya dan adik saya beli kat sana..dua2 preve…nasib tak di black tape simbol…cuma hangin preve adik milage dr 3++k dipusing ke 50k saya punya dr 15+k ke 45k….tu pun lepas periksa dengan spanco… Tp adik saya repaire balik kete tu habis 2k..saya dlm 1k,” kata seorang mangsa tipu, Kamarul Azizan.
Akibat diserang oleh netizen, laman Facebook itu tidak lagi diaktifkan. Tetapi, hasil siasatan tentera bawang Malaysia, nama page MY AUTO CITY TRADING didakwa sudah ditukar menjadi MAJU AUTO pula.
Semoga dengan pendedahan ini, pengguna akan lebih berhati-hati dan mereka yang bertanggungjawab dikenakan hukuman setimpal.
- BACA: #6 PERKARA PENTING SEBELUM ANDA BUAT KEPUTUSAN BELI KERETA TERPAKAI
- BACA: TOYOTA TOPMARK – PUSAT KERETA TERPAKAI YANG DIPERCAYAI (BUKAN KERETA TOYOTA JE TAU)
- BACA: DAPATKAN RENAULT CAPTUR TERPAKAI PADA HARGA BERMULA RM60,000. UNIT TERHAD, BELI SEGERA!
- BACA: BERBALOI KE BELI KERETA BARU STOK LAMA?
GALERI