Buletin

AUDI SQ5 BAHARU – LEBIH GARANG DAN LEBIH LAJU

Model SUV Audi Q5 ini sememangnya dikenali diantara model SUV pertengahan paling popular di Jerman dan juga Eropah selama lebih 15 tahun produksinya. Kini Audi bersedia untuk meneruskan lagi legasi plat nama Q5 ini dengan memperkenalkan generasi baharu SUV ini.

Ia merupakan SUV pertama berasaskan PPC (Premium Platform Combustion) dan dikuasakan oleh enjin petrol dan diesel yang telah menjadi lebih jimat hasil daripada teknologi MHEV dengan penampilan yang lebih garang berbanding Q5 generasi kedua.

 Jelas sekali perubahan yang cukup berbeza di bahagian bahagian hadapan model sebelumnya yang kini tampil dengan rekaan bampar yang agresif. Gril bersaiz besar diapit oleh dua saluran masuk udara besar mendominasi rupa fascia hadapannya. Berbanding Q5 standard, Audi SQ5 ini mempunyai kemasan hitam berkilat di bahagian bampar untuk tampil lebih garang dan eksklusif.

Di belakang, Audi menampilkan rekaan lampu belakang OLED mendatar yang boleh berubah rupa yang terdiri daripada enam panel dengan elemen OLED berbeza.

Dan penampilan bahagian luaran akhirnya diserikan dengan penggunaan rim bersaiz 20 inci untuk SQ5 ini berbanding saiz 18 inci untuk varian standard. Rim bersaiz 21 inci dengan tayar berprestasi tinggi juga kelak akan ditawarkan untuk SQ5 ini.

Berbanding Audi Q5 hanya menggunakan enjin 2.0 liter turbo dengan kuasa yang sudah dikira sedap, Audi SQ5 ini jauh lebih sedap dan bertenaga dengan penggunaan enjin 3.0 liter V6 yang mampu menghasilkan kuasa 362 HP.  Ianya dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan atau pun dual-klac automatik tujuh kelajuan.

Bahagian kabin juga telah direka baharu dengan terdapat dua paparan skrin di bahagian atas bersaiz 14.5 inci untuk paparan sistem infohiburan. Manakala terdapat juga paparan digital kluster meter bersaiz 11.9 inci untuk memaparkan maklumat penting kepada pemandu.

Paling penting untuk penumpang di sebelah, terdapat paparan skrin berasingan bersaiz 10.9 inci untuk membolehkan menikmati tayangan video tanpa mengganggu pemandu disebelah.

Pastinya selepas ini Audi Q5 dan SQ5 ini akan terus menerima sambutan yang hebat di pasaran dengan pengenalan generasi baharu ini. Cuma sedikit hairan apabila Audi di tempat kini macam tak berapa nak jalan pula.

BACA : AUDI Q6L e-tron – SUV EV PREMIUM KHUSUS UNTUK PASARAN CHINA

BACA : AUDI Q5 SPORTBACK, CROSSOVER PREMIUM TERBAIK JERMAN?

Google ads

B K

Back to top button