AUDI Q5 SPORTBACK, CROSSOVER PREMIUM TERBAIK JERMAN?
Porsche Cayenne mulai dijual sekitar tahun 2002, lebih awal daripada pesaing mereka yang lain dan menjadi simbol bagaimana SUV mampu menyelamatkan Porsche daripada terus mengalami kerugian. Hanya 4 tahun selepas itu iaitu pada tahun 2006 barulah Audi memperkenalkan Audi Q7 dengan kapasiti 7 penumpang
Q7 adalah SUV premium dengan saiz yang besar mampu memuatkan 3 barisan tempat duduk bukanlah pilihan yang sesuai untuk kegunaan harian. Takkan anda nak pandu SUV besar gedak untuk kegunaan seharian? Jadi Audi perkenalkan satu lagi SUV yang dinamakan sebagai Q5 yang lebih kompak pada tahun 2008
Jika Audi Q7 menggunkan platform E yang turut dikongsikan dengan model Porsche Cayenne dan juga Volkswagen Toureg, Audi Q5 pula menggunakan platform yang lebih kompak yangd dikenali sebagai MLB Evo Platform. MLB merupakan singakatan kepada Modularer Längsbaukasten ataupun Modular Longitudinal Matrix
Ia merupakan platform khusus yang dibangunkan oleh Audi bagi platform pacuan roda depan, kedudukan enjin di depan serta pilihan untuk pacuan semua roda. Ia merupakan platform yang sama digunkan oleh Audi A5, A4, A8, A7, Porsche Macan, Audi Q8 e-tron dan juga Lamborghini Urus.
Audi Q5 datang dengan panjang 4689mm dan juga lebar 1893mm manakala jarak antara roda pula ditetapkan pada 2819mm. Dari segi panjang, varian Sportback adalah 7mm lebih panjang berbanding dengan Audi Q5 biasa dengan rekaan 2 kotak.
Ia merupakan satu kompromi yang perlu dibuat memandangkan rekaan bumbung Sportback dibuat secara slope dengan, lebih melarus berbanding versi asal. Keadaan membenarkan Q5 Sportback direka dengan pekali geseran yang lebih rendah (CoD) iaitu 0.3
Rekaan sebegini sebenarnya diilhamkan bagi pasaran China, dimana pembeli yang memang banyak duit perlukan sebuah SUV dengan rekaan yang lebih ekspresif dan dominan berbanding dengan rekaan SUV biasa 2 kotak. Maka lahirlah SUV/crossover dengan rekaan atas (top hat) yang lebih sporti.
Di bahagian bampar depan, Q5 menampilkan rekaan Audi Singleframe Grille Design dengan kemasan hitam berkilat. Audi Q5 ini juga turut menawarkan kemasa S Line dengan rekaan bampar depan yang lebih bersegi dan agresif, bampar belakang dengan diffuser serta rim 20 inci Black Diamond Cut dengan 2 tona
Untuk kemasan dalaman, tema S Line boleh dikesan pada penggunaan logam krom yang digunakan sebagai hiasan utama pada papan pemuka. Roda stering pula dibalut dengan kulit berlubang bagi cengkaman yang lebih baik, kusyen semi bucket dengan kemasan kulit, pedal minyak dan brek yang dihasilkan daripada aluminium dan juga scuff plate lengkap dengan LED.
Rekaan dalaman ruang kokpoit Audi menggabungkan unsur moden dengan klasik konservatif, dimana semua butang fizikal yang penting masih lagi ada dan butang-butang tambahan yang lain ditanam dalam siste Audi MultimediaInterfcae 10.1 inch
Sistem MMI ini boleh mengesan kehadiran telefon pintas anda dengan pantas bagi mewujudkan sambungan Apple Car Play atau Android Auto tanpa wayar dengan pantas. Butang Driving Mode, butang volume sistem audio, butang penyaman udara dan sistem auto parkir kekal wujud dalam bentuk fizikal.
Disrbabkan Audi Q5 Sportback ini hadir dengan Premium Package yang menawarkan 19 pembesar suara Bang & Olufsen dengan 760watt yang digabungkan kualiti binaan doortrim yang lembut serta berkualiti tinggi bagi menjana bunyi yang sangat realistik ala-ala dewan konsert
Ruang belakang menawarkan corong penyaman udar lengkap dengan kawalan suhu, tirai, perehat tangan, ruang meletak minuman, kusyen tengah yang boleh dilipat untuk menympan peralatan yang panjang (ski hole), dan ruang kargo sebesar 510 liter yang boleh dibesarkan sehingga 1480 liter bila kusyen belakang dilipat.
Enjin 4 silinder 2000cc turbo dengan suntikan bahan api terus EA888 menawarkan sehingga 246 kuasa kuda dan 370Nm tork seawal 1600 RPM. Enjin ini ditawarkan dengan teknologi Mild Hybrid 48 Volt serta transimi 7 kelajuan S-Tronic dan sistem pacuan semua roda Quattro Ultra
Sistem hibrid 48 volt ini merupakan sistem hibrid ringan yang menggunakan Belt Alternator Stator, bateri ion lithium 48 volt, AC/DC inverter, radar dan juga kamera. Dari segi prestasi, Audi Q5 Sportback boleh memecut dari 0-100 dalam masa 6.1 saat dengan halaju tertinggi ialah sekitar 240km/jam.
Sistem hibrid 48 volt pula membolehkan Audi Q5 Sportback mencapai penggunaan petrol yang efisyen iaitu 12km/liter, namun dengan pemanduan yang berhemah dengan halaju sekitar 110-120km/jam anda boleh mendapat bacaan sehingga 13km/liter.
Sistem hibrid ini akan bekerjasama dengan sistem radar dan juga kamera sebagai input, dengan radar dan kemara bertindak memberi arahan kepada sistem hibrid untuk mematikan enjin lebih awal apabila menghampiri lampu trafik merah, memberi arahan untuk menghidupkan enjin dan juga jika keadaan sesuai akan mematikan enjin selama 10 saat antara halaju 60-160km/jam bagi menjimatkan bahan api.
Sistem ini juga boleh mengecaj bateri ion lithium 48 volt sebanyak 5kW dimana bateri ini berfungsi untuk membekalkan tenaga elektrik pada Audi Q5 sewaktu enjin dimatikan.
Pada kebanyakan masa, Adu Q5 Sportback akan mengunakan pacuan roda depan tapi sistem Quattro Ultra akan bersedia pada bila-bila masa untuk menghidupkan enjin. Sistem ini menggunakan sistem klac elektromekanikal pada gandar depan dan belakang bagi memutuskan dan menyambungkan sistem AWD dalam masa 250 milisaat sahaja.
Rekaan sebegini menyumbangkan pada penjimatan bahan serta boleh diaktifkan dengan pantas. Sistem Quattro Ultra juga akan menerima input daripada Transmission Control Unit, ECU, Quattro Sensor, ESC dan sensor stering bagi mengira dan meramalkan adakah AWD perlu diaktfikan dalam masa 500 milisaat ke depan.
Sistem ini akan melakukan pengiraan bagi setiap 10 milisaat berdasarkan input pemanduan biasa. Quattro ECU akan memilih samaada mengaktifkan semua tayar, tayar kiri atau kanan dengan banuan ESC atau tayar depan sahaja untuk menjimatkan bahan api.
Dari segi pecutan, hamburan 246 kuasa kuda yang dihasilkan oleh enjin ini cukup bertenaga serta dijinakkan oleh transmisi 7 kelajuan DSG dengan baik. Ada 5 mode pemanduan yang ditawarkan samaada Individual, Offroad, efficiency, comfort, auto dan juga dynamic
Apa yang istimewa ialah tetapan begini akan mengubah respon enjin, transmisi, kekerasan penyerap hentak dan respon stering bergantung pada mode pemanduan. Bagi mode offroad, sistem ESC akan ditala supaya lebih sesuai untuk pemanduan di atas jalan tidak berturap.
Dari segi keselesaan, apa yang kami rasa ialah tetapan penyerap hentak terasa lebih solid jika dibandingkan dengan pesaing daripada jenama Jepun ataupun Korea. Respon cesi terhadap input stering adalah bagus seperti anda memandu sebuah kereta sport prestasi tinggi
Gandingan tayar Michelin Latitude berupaya melembutkan kekerasan cesi dan penyerap hentak dengan baik, serta menjadikan kabin lebih senyap dengan kadar kebisingan sekitar 69dB pada 110km/jam. Anda boleh memandu sehingga 3 jam berterusan tanpa rasa penat untuk perjaanan jarak jauh.
Dalam aspek keselamatan, Audi Q5 Sportback diberikan sistem Audi Pre Sense (AEB) Warning di bahagian depa, AEB Braking untuk belakang, Amaran Titik Buta, RCTA, Exit Warning System, Lane Change Warning, Park Assist, 360 Cam, Lane Keep Assist, dan juga Adaptive Cruise Control.
Dengan tawaran harga RM 491,223 Audi menawarkan pakej 5 tahun jaminan tanpa mengira jarak perbatuan, 5 tahun bantuan kecemasan kerosakan dan 3 tahun servis percuma termasuk alat ganti menerusi Audi Assurance Package
Pada pendapat kami, ia merupakan sebuah crossover/SUV yang sangat sporti bagi pemilik yang telah berkeluarga yang mahukan sebuah crossover dengan rekaan moden, design yang unik serta jenama yang premium