Artikel Pilihan

AUTOLIFE INSURANCE / TAKAFUL. PENTING KE TIDAK?

Setiap kali anda membeli kereta baru dan pinjaman kenderaan sudah diluluskan, ketika menandatangai perjanjian jual beli pihak bank biasanya akan menawarkan takaful atau insurance kepada pembeli yang dinamakan sebagai autolife insurance

OK, insurance atau takaful autolife akan memberi perlindungan kepada pembeli sekiranya pembeli meninggal dunia, jatuh sakit atau hilang keupayaan untuk bekerja dan membayar semula pinjaman kenderaan. Sekiranya pembeli mengalami situasi di atas seperti yang termaktub dalam polisi, maka kenderaan tersebut akan dilindungi oleh takaful

Kenderaan yang dilindungi oleh takaful atau insurance tadi akan diserahkan kepada pemilik (dalam kes pemilik mengalami sakit kronik dan gagal mencari nafkah) atau diserahkan kepada waris (dalam kes pemilik meninggal dunia) secara percuma oleh pihak insurance.

Pihak bank tidak akan menuntut kenderaan tersebut dan ia akan dibayar oleh pihak insurance atau takaful. OK sebagai nota tambahan, instrument takaful merujuk kepasa insuran yang mematuhi garis panduan syariah manakala insuran biasa adalah insuran konvensional

Biasanya takaful ini akan ditawarkan ketika pembeli menandatangani perjanjian jual beli, atau jika mereka terlupa untuk tawarkan maka anda kena tanya jika berminat. Ia hanya dibayar sekali sahaja, bukan kena perbaharui setiap tahun.

Jika pembiayaan kereta anda berdasarkan pengiraan syariah, biasanya anda akan ditawarkan intrument takaful. Jika pinjaman anda konvensional, maka instrumen yang digunakan ialah insurance. Kos takaful ini bergantung pada umur, jumlah pinjaman, skoring pinjaman anda dan lain-lain faktor.

Jika umur anda melebihi 60 tahun, secara automatik bank tidak akan menawarkan autolife takaful ini. 10 tahun dulu penulis hanya membayar sekitar RM 300 sahaja untuk pembiayaan bernilai RM 28,000. Tahun ini penulis perlu membayar RM 734 untuk pembiayaan bernilai RM 81,000.

Jadi kalau anda berminat, tanyakan pada perunding jualan anda ok

Google ads
Back to top button