
BAC SAMBUT PENGELUARAN MONO YANG KE-150
Pengeluar kenderaan volum rendah BAC telah pun selesai membina model Mono yang ke-150, di mana unit tersebut merupakan varian R tempat duduk tunggal dengan liveri khas yang dipilih sendiri oleh pembelinya.
Selain itu, ia juga merupakan unit Mono R yang ke-29 dihasilkan oleh pengeluar tersebut di ibu pejabat Liverpool, England.
Difahamkan, pemilik unit yang ke-150 ini telah bekerjasama dengan Bespoke Specialist BAC bagi menghasilkan sebuah jentera dengan penampilan yang futuristik.

Bahagian luaran BAC Mono R ini dilayangkan warna satin silver, dan diserikan dengan aksen Highlighter Yellow pada cermin sisi, kotak udara, sayap belakang, diffuser serta roda karbon.
Sebagai unit Mono R yang ke-29, angka 29 turut dipadankan pada beberapa tempat.
Mono R dilengkapi dengan enjin 2.5 liter aspirasi natural yang mampu menghasilkan 342 hp, dipadankan dengan kotak gear sequential yang diperoleh daripada Formula 3.
Sebagai makluman, berat kering jentera ini adalah sekitar 555 kg sahaja.









