Artikel Pilihan

BAHAYA KE TERLEBIH ISI MINYAK PELINCIR DALAM ENJIN?

Masa penulis muda remaja dulu, biasnya penulis menukar minyak pelincir untuk motosikal HAYABUSA Honda Wave 100 setiap 3000km sekali. Tapi antara pengalaman yang paling tidak boleh lupa ialah apabila sebuah bengkel tersilap mengisi minyak pelincir lebih daripada apa yang sepatutnya

Kalau tak salah, motosikal tersebut memerlukan sekitar 800ml minyak pelincir, tapi bengkel motosikal tersebut mengisi sehingga 1 liter habis. Minyak pelincir isi lebih sepatutnya bagus kan, minyak je pun bukan air. Tapi perkara sebaliknya yang berlaku. Enjin motosikal penulis menjadi seakan lemas apabila beroperasi

Jadi jawapan pendek kepada persolan di atas ialah, ya ia sememangnya bahaya mengisi minyak pelincir secara berlebihan tapi kesannya bukanlah seperti timing belt enjin terputus dimana banyak komponen enjin boleh rosak dalam sekelip mata.

Mungkin anda tidak perasan kerana anda hanya menghantar kereta ke bengkel, dan tak sampai 10 minit kereta anda sudah siap diservis dan ditukar dengan minyak pelincir baru. Tapi ini ialah tanda-tanda enjin yang telah diisi dengan minyak pelincir secara berlebihan:

1. Keluar asap berwarna putih daripada ekzos disebabkan minyak pelincir berlebihan akan terbakar dan dikeluarkan melalaui ekzos

2. Mungkin juga anda akan mengesan titisan dan limpahan minyak pelincir jika kereta anda diparkir di atas lantai di kawasan garaj kereta.

Sekiranya masalah minyak enjin yang berlebihan ini tidak dibuang dengan segera, ia akan menyebabkan masalah berikut seperti:

1. Beri tekanan kepada aci engkol – di penghujung aci engkol, tekanan minyak berlebihan akan menyebabkan minyak keluar dari bahagian ini. Sekinya minyak keluar dari bahagian yang bersambung dengan unit transmisi manual, ia akan mengotori dan menyebabkan kerosakan pada sistem klac

2. Minyak yang berlebihan juga akan menghasilkan geseran kepada aci engkol, yang lama kelamaan akan menyebabkan bahagian ini menjadi haus dengan cepat

3. Tekanan minyak pelincir dalam enjin juga akan terganggu dan tidak beroperasi pada perimeter yang ditetapkan. Mungkin ada komponen enjin yang tidak menerima tekanan minyak pelincir yang cukup dan menyebabkan kehausan enjin

4. Minyak pelincir yang berlebihan juga akan mengotori palam pencucuh menyebabkannya rosak dan kerap ditukar

Sekiranya anda telah tersilap mengisi minyak pelincir terlalu banyak melebihi daripada yang sepatutnya, cara yang terbaik adalah membuang semula minyak pelincir melalui drain plug di bahagian takung minyak di bawah enjin. Sepatutnya sebelum menuang minyak baru, anda mesti tahu dengan tepat berapa liter minyak enjin yang diperlukan oleh kereta anda

Maklumat tersebut boleh didapati dalam buku manual yang diberikan secara PERCUMA kepada anda sewaktu membeli kereta. Sekiranya anda membeli kereta terpakai tanpa buku manual, anda boleh rujuk di laman sesawang atau mekanik yang rapat.

Dengan ini anda tahu sekiranya anda menukar minyak enjin yang sepatutnya berbaki 400ml, tapi tiada baki yang tertinggal maka kemungkinan besar minyak pelincir telah diisi melebihi kapasiti yang sepatutnya dalam enjin anda. Secara kasar, semakin besar enjin anda semakin banyak minyak enjin yang diperlukan.

Sebagai contoh enjin sekecil 1000cc seperti mungkin memerlukan 2.7 liter minyak enjin sahaja bagi Natural Aspirated manakala bagi enjin turbo ia boleh seperti Ativa ia memerlukan sekitar 3.3-3.5 liter minyak pelincir. Bagi enjin 1300cc seperti Proton Saga ia memerlukan hampir 4 liter minyak pelincir.

Google ads
Back to top button