Buletin

BAIC BJ40 PLUS – NAMPAK MACAM SAMA TAPI BUKAN DIA

Satu benda yang kita semua harus akui tentang industri pembuatan kenderaan di China, ianya sangat besar dan cukup kreatif. Cumanya tahap kreatif mereka kadang kala boleh diterima akal dan kadang kala merepek sangat. Tapi yang ini memang nampak cantik sangat, inilah dia BAIC BJ40 Plus.

Sekali tengok memang macam pernah tengok. Sememangnya mata kita semua tidak salah memandang dan melihat. Ianya hampir menyerupai binaan model Jeep Wrangler Rubicon. Terima kasih kepada kejuruteraan meniru yang cukup handal di sana.

Ini merupakan model BAIC BJ40 Plus, sebuah model off-road yang kelihatan cukup seiras dengan model keluaran daripada Amerika Syarikat itu. Walau pun bahagian muka hadapannya barangkali sedikit berbeza, namun rekaan bahagian sisi cukup similar untuk mengingatkan kita akan model Jeep Wrangler Rubicon itu.

Sedikit info tentang BAIC (Beijing Automotive Group Co., Ltd,) ianya adalah perusahaan pembuatan kenderaan yang dimiliki oleh Kerajaan China sendiri berpangkalan di Beijing dan merupakan konglomerat pembuatan kenderaan China keenam terbesar di sana.

Dan model off-road ini merupakan sebuah model flagship bagi BAIC untuk dipasarkan di China. Berbanding model sebenar yang kelihatan lebih klasik pada bahagian hadapan, BAIC BJ40 Plus ini pula kelihatan lebih moden terutama penampilan rekaan lampu utama, gril dan juga bampar hadapan. Ada rupa model Jeep Cherokee pun iya juga ni. Senang betul pereka ni buat kerja kan.

Dan bahagian fender yang kembang dan mengepak itu saling tidak tumpah seperti mana yang terdapat pada model  Jeep Wrangler Rubicon. Sungguh pun demikian, ianya tampak cantik dan kemas. Rekaan gaya yang rugged sebegini memang selayaknya memasuki hutan belantara tanpa masalah. Apatah lagi penggunaan. Penggunaan lampu utama jenis LED pasti akan membantu pemandu untuk mengemudi di dalam kelam malam tanpa masalah.

Disebabkan ketinggian yang dimiliknya memudahkan model ini untuk menempuh laluan off-road dengan mudah tanpa masalah. Malah, bagi memenuhi ciri sebuah model off-road sejati, sudah tentu tayar simpanan akan digantung di bahagian belakang berbanding disimpan di bahagian bawah. Barulah nampak kacak dan bergaya.

Menyambut pemilik di ruangan kabin adalah lampu ambien yang berupaya untuk menambah mood penumpangnya. Bahagian gear lever pula hadir dengan rekaan yang moden dan bergaya. Tapi paling penting, ianya hadir dengan ciri keselamatan sekiranya pemandu meninggalkan kenderaaan atau pun enjin dimatikan, gear akan secara auto bertukar ke P. Bahagian tengah konsol pula terdapat skrin sesentuh bersaiz 10 inci sebagai sistem infohiburan. Paparan meter kluster turut kini menggunakan paparan digital bersaiz 12.3 inci.

Trenkuasa daripada 2.3 Turbo telah dipilih untuk digandingkan bersama kotak gear enam kelajuan yang turut dilengkapi dengan sistem pacuan 4WD. Dari segi kuasa keseluruhan barangkali ianya tidaklah terlalu berkuasa, sekitar 184 HP tetapi ianya mempunyai tork yang boleh tahan tinggi, 350 Nm.

Dari segi harga barangkali ianya agak tinggi, selari dengan penarafan sebuah model flagship. Ianya di jual pada harga China Yuan 255,500 (RM161,775).

BACA : BAIC BJ60 GABUNG ELEMEN REKAAN JEEP, TOYOTA LAND CRUISER DAN FORD EXPLORER

BACA : BAIC NAK TAMBAH SAHAM DAIMLER. GEELY BAKAL DITENDANG?

Google ads

B K

Back to top button