BAIC BJ40 PLUS DIPERKENALKAN – JANA 224PS, ANGGARAN HARGA BERMULA RM180K
Selain X55II, turut diperkenalkan hari ini ialah BJ40 Plus, SUV gaya off-road, dengan gaya ikonik.
Walaupun BAIC BJ40 asal yang mula diperkenalkan pada 2013 kelihatan seperti Jeep Wrangler ripoff dengan muka Range Rover, generasi baharu menggunakan pendekatan penggayaan lebih moden.
Dari penggayaan, BJ40 Plus menggabungkan LED berkotak dengan gril lima lubang khas bersama bampar luar jalan yang lasak.
Untuk dimensi, SUV off-road ini berukuran 4,645mm (panjang), 1,925mm (lebar) dan 1,871mm (tinggi), dengan jarak roda 2,745mm.
Dibina untuk rupa bumi yang ekstrem, ia mempunyai gred pendakian 60%, sudut ketibaan 37°, sudut berlepas 31° dan sudut ‘ramp’ 23°.
Jentera ini direka dengan kejuruteraan khusus untuk pengembaraan laluan lasak termasuk sistem 4WD separuh-masa BorgWarner dan struktur body-on-frame tradisional.
Tambahan, reka bentuk rangka ‘roll-cage’ memastikan peergerakan keselesaan dan kestabilan yang tiada tandingan.
Di dalam kabin, ia dilengkapi kluster instrument 12.3-inci, skrin kawalan tengah 10-inci, sistem navigasi GPS, ketersambungan Bluetooth serta sistem audio enam-pembesar suara.
Perincian lain termasuklah stereng dengan balutan jenis kulit, dua port pengecasan USB, Anti-Roll Bars, rim aloi bersaiz 17-inci dan dilengkapi ABS serta EBD.
Selain itu, ia datang dengan ciri-ciri mewah seperti suspensi hadapan dengan double wishbones dan spring gegelung, gandar belakang aktif dengan suspensi 5 pautan, sistem brek unggul yang ditala oleh Mitsubishi, dan Bosch 9.1 ESP.
Beralih pada kuasa, BJ40 Plus menampilkan enjin petrol 2.0L pengecas turbo yang dipadankan dengan kotak gear automatik ZF 8-kelajuan, memberikan kuasa 224PS dan tork 380Nm.
Untuk harga pula, tiada pendedahan dibuat namun ia dianggarkan diberi tanda harga bermula RM180,000 hingga RM190,000.
GALERI: