Buletin

BANGKOK AUTO SALON 2024 TAMPIL PENALA AUTO TERKEMUKA DARI THAILAND DAN SELURUH DUNIA

Bangkok Auto Salon ke-10, pameran kereta kustom terbesar di ASEAN, bermula hari ini dengan pengunjung dijanjikan koleksi besar kereta dan alat ganti kustom, serta pelbagai aktiviti menarik dari kelab kereta hingga konsert muzik.

Acara ini berlangsung di IMPACT Challenger 3 dari 26 hingga 30 Jun dan menampilkan 10 sorotan dari Tokyo Auto Salon 2024 yang diadakan awal tahun ini serta penala auto terkemuka dari Thailand dan seluruh dunia.

Bangkok Auto Salon ke-10 dianjurkan oleh Corno & Nash Co. Ltd. dan dilesenkan oleh penganjur Tokyo Auto Salon, San-Ei Corporation Japan.

Selain kereta kustom, terdapat juga kereta dan motosikal baharu yang dipamerkan dengan promosi jualan menarik, menjadikan ia tempat membeli-belah serba lengkap bagi pembeli.

Bangkok Auto Salon turut disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Sukan, Lembaga Pelancongan Thailand, Lembaga Sukan Thailand, dan Persatuan E-Sukan Thailand.

Di acara ini, pengunjung disajikan dengan tawaran istimewa dari syarikat kereta dan motosikal serta banyak jenama aksesori.

Mereka akan membantu merangsang pasaran dengan promosi hebat pada pertengahan 2024 yang dipimpin oleh Toyota, Mazda, Isuzu, Honda, dan Millennium Auto Group Co. Ltd., iaitu pengedar sah kenderaan BMW dan MINI serta BMW Motorrad.

Tom’s Racing Thailand akan turut serta buat kali pertama dalam acara ini, bersama jenama terkenal lain seperti Forever, Mugen, VeilSide, AZC, PP Super Wheels, Thule dari Sweden, Lamina, bateri GS, Neo Tech, serta pembuat alat kustom dari luar negara seperti Jepun, China, Korea, Taiwan, Hong Kong, dan lain-lain.

Bagi meraikan acara istimewa ini, terdapat 10 sorotan yang akan memberikan pengalaman baru kepada pengunjung, termasuk enam kereta kustom bertaraf dunia – menampilkan inovasi modifikasi kereta terbaru dari penala terkenal dan juga penerima anugerah dari Tokyo Auto Salon 2024.

Antara model yang ditampilkan termasuk Toyota Prius Kuhl Racing 60R-GTW Wide Body, Mazda Roadster RE Amemiya, Honda NSX Two7 Bagged, Suzuki Jimny Sierra Outclass Overland Style, Nissan GT-R (2024) Top Secret R35 Gold M24 SPL, dan Nissan Fairlady Z (RZ34) VeilSide FFZ400.

Selain itu, zon ‘E-Motorsport’ terus meningkat popularitinya di peringkat domestik dan antarabangsa, dan dengan kerjasama ‘Persatuan E-Sukan Thailand’, ia akan menganjurkan pertandingan permainan perlumbaan jalan raya, Assetto Corsa, dengan 10 kelas berbeza.

Bukan itu sahaja, zon ‘Outdoor Lifestyle’ pu;a mencerminkan trend perjalanan kreatif GEN Y dan golongan bekerja yang gemar berkhemah serta memandu mengelilingi negara, selaras dengan peningkatan populariti pelancongan luar.

Lebih menarik, bagi pembeli tiket acara ‘Bangkok Auto Salon 2024’, mereka berpeluang memenangi hadiah istimewa bernilai keseluruhan 1 juta Baht.

Tiket untuk acara ini dijual pada harga 100 baht dan boleh dibeli secara dalam talian di Thai Ticket Major https://bit.ly/3Vn3zC4](https://bit.ly/3Vn3zC4

Google ads
Back to top button