
PENGUNJUNG RAINFOREST WORLD MUSIC FESTIVAL 2024 BERPELUANG MEMENANGI MITSUBISHI TRITON AT PREMIUM BAHARU
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, bersama Lembaga Pelancongan Sarawak, penganjur Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024, mengumumkan bahawa para pengunjung acara tersebut berpeluang memenangi Mitsubishi Triton AT Premium baharu!
Kepada peminat acara muzik, RWMF 2024 bakal berlangsung dari 28 hingga 30 Jun di Kampung Budaya Sarawak, Sarawak.
Untuk berpeluang memenangi Mitsubishi Triton, para peserta hanya perlu membeli tiket dan menghadiri acara tersebut.
Pengunjung festival juga dijemput untuk melawat reruai MMM yang terletak di Garden Terrace dan di hadapan Rumah Cina.

Dengan menyertai acara berprestij di Sarawak ini, MMM bertujuan untuk berhubung dengan komuniti tempatan dan meraikan kepelbagaian budaya yang kaya.
Pelanggan yang menempah Mitsubishi Triton terpilih semasa acara akan menikmati rebat sehingga RM7,000 atau program kadar faedah rendah dengan rakan bank terpilih.
Pelanggan juga akan membawa pulang Beg Penyimpanan Thouswind bernilai RM200, tertakluk pada Terma dan syarat.
RWMF yang dinanti-nantikan ini dijangka menjadi satu perayaan transformatif di bawah tema ‘Evolution’.
Dalam edisinya yang ke-27, RWMF menjanjikan pengalaman mengasyikkan yang melangkaui muzik, dengan menggabungkan pelancongan, perayaan budaya, serta pemeliharaan alam sekitar.
Tiket ke RWMF boleh dibeli melalui laman web rasminya di https://rwmf.net/rwmf-2024-tickets/#tickets.







