Buletin

XIAOMI MX11 JADI TUMPUAN – SUV MESRA POKET, TAWAR JARAK GERAK LEBIH JAUH

Baru-baru ini, orang ramai begitu teruja sebaik saja gambar intip SUV Xiaomi MX11 didedahkan sehingga mereka menghasilkan gambar render yang kelihatan seakan tepat berdasarkan imej telah bocor.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun, menyatakan bahawa Xiaomi tidak akan bersaing dalam pasaran SUV tenaga baru tetapi akan melancarkan model jarak jauh yang lebih mampu milik dan kos efektif.

Namun, kenyataan Lei adalah helah semata-mata. Selepas kejayaan Xiaomi SU7, Xiaomi bersedia untuk melancarkan kenderaan kedua mereka, dengan nama kod MX11.

Xiaomi SU7 terkenal dengan reka bentuk yang diinspirasikan oleh Porsche, dengan Porsche mengakui sinergi reka bentuk tersebut.

Tetapi kini, MX11 yang akan datang mula dibandingkan dengan Ferrari Purosangue.

Xiaomi SU7 dengan cepat menjadi kegemaran di kalangan pengguna muda China. Dalam masa empat minit selepas pelancarannya, ia menerima lebih daripada 10,000 pesanan dan mencapai 50,000 dalam masa hanya 27 minit.

Walaupun terdapat perdebatan reka bentuk, MX11 dilaporkan bakal berkongsi platform yang sama dengan SU7.

Ia akan memfokuskan kepada profil “performance SUV coupe”, dijangka menawarkan ruang dalaman lebih luas, terutamanya untuk penumpang belakang, berbanding SU7.

Tidak lupa juga ruang penyimpanan tambahan di bahagian bagasi.

Harga MX11 dijangka lebih mahal daripada SU7 tetapi masih kompetitif berbanding pesaing seperti Tesla Model Y dan ia bakal memasuki pasaran bermula awal tahun 2025.

Google ads
Back to top button