Buletin

LOTUS AKAN TERUS DIBANGUNKAN DI BRITAIN – TAK AKAN DIPINDAHKAN KE CHINA

Beberapa hari lepas kedengaran khabar angin menyebut pemilik baru Lotus, Geely akan memindahkan operasi pengilangan Lotus dari UK ke China. Ia seperti yang dilaporkan oleh portal berita Eastern Daily Press yang memetik kenyataan pengerusi Geely Li Shufu. Walau bagaimanapun ia dinafikan oleh Shufu.

Ia diulas secara salah. Shufu memberitahu, ia cuma “kemungkinan”, namun realitinya, tidak mungkin mereka mengalihkan fasiliti pembangunan yang telah telah dibina sekian lama.

BACA: LOTUS EVORA 400, NOSTALGIA JAMES BOND

“Sama seperti operasi London Taxi Company, walaupun secara perniagaannya, kami boleh sahaja memasang di China, tetapi adalah lebih tepat jika semua pembangunan dan pengeluarannya dikekalkan di UK.

Fokus sekarang adalah memastikan Proton dan Lotus dapat membuat keuntungan pantas. “Kami nekad untuk mengembangkan Lotus menerusi kepelbagaian model, hanya itu sahaja caranya untuk bersaing dalam pasaran kereta sport yang kecil”

Menurut Shufu lagi, kemungkinan paling hampir ialah membangunkan model bukan sport di China. “Memandangkan pembangunan dan produksi di China adalah lebih rendah, kami menjangkakan untuk menghasilkan SUV – dan ia mungkin akan dihasilkan di China, tapi untuk kereta legasi supercar, Lotus akan kekal di Hethel,” ujar beliau.

Pasaran SUV di China lebih besar berbanding di UK dan Eropah. Kami juga dapat bayangkan teknologi yang dikongsi bersama antara jenama di bawah Geely seperti Volvo, Lynk&Co, Emgrand memungkinkan penghasilan produk premium yang lebih mudah diterima dalam pasaran.

GALERI

 

 

Google ads
Back to top button