Artikel Pilihan

SEJARAH : JOM KENALI RENAULT

Ok, sebetulnya Brader Karrager kurang arif nak memulakan subjek yang agak berat begini. Barangkali, mungkin ramai yang kurang minat bab sejarah. Tapi apa salahnya kalau kita mengenali asal-usul pengeluar kenderaan tersohor dari negara Zinedine Zidane ini, iya tak?

BACA : RENAULT ESPACE F1 – MPV TERPANTAS DI DUNIA!

BACA : CARLOS GHOSN: LELAKI AJAIB DI SEBALIK PAKATAN RENAULT-NISSAN

Renault ini telah diasaskan pada 1899 oleh tiga beradik, Loius Renault serta Marcel dan Fernand. Loius, pada ketika itu sebagai Jurutera muda yang sangat berinspirasi telah pun membina beberapa prototaip turut bertindak sebagai tulang belakang untuk menjaga hal ehwal rekabentuk dan produksi manakala adik-beradiknya yang lain bertanggungjawab untuk menguruskan hal-ehwal perniagaan.

Renault Voiturette adalah merupakan kereta pertama yang berjaya dijual kepada rakan kepada ayah mereka setelah mengujinya beberapa kali. Dan sebanyak 12 unit lagi berjaya dijual pada malam yang sama, 24 Disember 1899. Voiturette ini dilengkapi dengan enjin De Dion-Bouton 1 silinder yang berupaya untuk mencapai kelajuan 32km/j.

Loius telah mengambil alih pengurusan sepenuhnya setelah kematian abangnya, Marcel yang terlibat dalam kemalangan sewaktu berlumba pada 1903 dan Fernand yang meninggalkan syarikat pada 1906 akibat masalah kesihatan. Louis telah menjenamakan ianya semula sebagai Société des Automobiles Renault (Renault Automobile Company).

Setakat membina truk dan lain-lain mungkin tipikal buat mana-mana pengeluar. Akan tetapi tahukah anda bahawa Renault juga pernah mengeluarkan kereta kebal hipster, Renault FT, sejenis kenderaan tempur berperisai ringan yang turut digunakan sewaktu dalam Perang Dunia 1 oleh kebanyakan negara yang terlibat. Pasca Perang Dunia I & II, Renault masih teguh membina kenderaan penumpang disebalik dicabar oleh satu lagi pengeluar dari Perancis, Citroen. Renault 4CV, Caravellei, dan Colorale adalah merupakan antara yang dikeluarkan pasca Pasca Perang Dunia I & II.

Manakala, era moden pula sudah tentulah Renault 5 dianggap sebagai permulaan kepada kereta supermini yang laju serta lincah di jalanraya termasuklah pengenalan Renault 5 Turbo.

Tahukah juga bahawa pada 1984, Renault sekali lagi merevolusikan industri dengan pengenalan MPV pertama di Eropah, Espace. Bertahan selama beberapa tahun dek kerana tiada persaingan dari benua Eropah menjadikannya sebagai pilihan utama. Espace ini telahpun memasuki generasi kelima dengan rupa bentuk jauh berbeza, juga dengan tema yang jauh lebih mewah.

Kini Renault semakin gah dengan termerainya Pakatan Renault-Nissan pada 27hb Mac 1999 dengan jenama Renault, Nissan, Infiniti, Renault Samsung Motor, Dacia, Datsun, Venucia, Lada dan juga tidak lupa Mitsubishi.

Captur, Clio, Megane RS dan tidak lupa juga Kangoo adalah nama yang semakin mendapat perhatian seluruh dunia, sekaligus menaikkan jenama Renault sebagai pengeluar keempat terbesar di dunia.

Sumber : Wikipedia

Google ads

B K

Back to top button