Buletin

BANK MUAMALAT TAWAR SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN BERPERINGKAT. EKSKLUSIF UNTUK KERETA PROTON DAN MITSUBISHI EDARAN EON SAHAJA

Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) baru-baru ini melancarkan ‘Muamalat Step-Up Auto Financing-i’, skim pembiayaan kenderaan berperingkat (step-up auto financing). 

Ia menawarkan pembiayaan kereta dengan ansuran yang lebih rendah untuk tiga tahun pertama, bagi membantu pelanggan mengurangkan beban aliran tunai pembiayaan awal dan miliki kenderaan idaman mereka. 

Tawaran itu eksklusif untuk kereta jenama Mitsubishi dan Proton di bawah pengedar rangkaian Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) sahaja.

Program in bertujuan untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan kenderaan mampu milik kepada semua segmen pasaran. Dengan kerjasama myTukar, pelanggan boleh menjual semula kenderaan tersebut kepada pakar kereta terpakai ini pada penghujung tempoh tiga tahun pada harga yang dipersetujui pada awal pemilikan.

Bank Muamalat merupakan bank pertama yang memperkenalkan pakej pembiayaan kenderaan yang membolehkan pelanggan menikmati bayaran bulanan yang lebih rendah dan fleksibel dengan nilai belian balik yang terjamin. 

Program unik inisebenarnya menawarkan ansuran bulanan sehingga 33 peratus lebih rendah berbanding pembiayaan konvensional (bergantung kepada tempoh pembiayaan). Skim ini ditawarkan untuk tempoh pembiayaan lima, tujuh dan sembilan tahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, Muamalat Step Up Auto Financing-i ini adalah Pembiayaan Kenderaan Muamalat-i (MVF-i) di bawah konsep Syariah Murabahah.

Selepas tiga tahun pemilikan, pelanggan boleh memilih sama ada untuk meneruskan pembayaran bulanan pada kadar baharu, atau menukar dan menjual semula kenderaan tersebut untuk unit baharu melalui myTukar. Pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar kereta mereka, menaik taraf kepada yang lebih baharu atau menerima pulangan tunai untuk kereta mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial berkata pelancaran skim pembiayaan inovatif sebegini akan dapat memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan lebih nilai dan penyelesaian bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.

Sebagai pengendali rangkaian Mitsubishi dan PROTON terbesar di seluruh negara, EON menawarkan dua model Mitsubishi dan enam model Proton untuk pilihan pelanggan. 

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Muamalat, layari www.muamalat.com.my  atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-2600 5500

Google ads
Back to top button