Buletin

AUDI HENTI TAWAR KENDERAAN BERENJIN DIESEL DI NETHERLANDS

Disebabkan permintaan yang semakin menurun, pengeluar automotif Jerman Audi akan menghentikan penawaran kenderaan berenjin diesel di negara The Netherlands bermula 1 April 2022.

Bermula dari tarikh itu juga, Audi hanya akan menawarkan model baharu yang terdiri daripada kenderaan elektrik, kereta berenjin petrol serta tidak ketinggalan model-model hibrid dan plug-in hybrid.

Biarpun tidak lagi menawarkan enjin diesel, Audi akan meneruskan projek pembangunan generasi baharu dan terakhir trenkuasa enjin pembakaran dalaman (ICE), di mana kebanyakannya akan digunakan pada varian hibrid ringan dan PHEV.

Ini kerana menjelang tahun 2025, Audi akan melancarkan kereta baharu terakhir yang dikuasakan oleh enjin konvensional, sebelum menghentikan sepenuhnya penjualan kereta ICE pada tahun 2033 – Autoblog.nl

Google ads
Back to top button