" "
Buletin

PETRON MALAYSIA RAI ULANG TAHUN KE-10. LANCAR KEMPEN TENTU HAPPY DI STESEN MINYAK SELURUH NEGARA

Petron Malaysia, antara syarikat minyak terbesar negara menyambut ulang tahun syarikat yang ke-10 pada 2 April 2022 sekali gus menandakan satu dekad yang menyemarakkan kegembiraan.

Petron MRR2 Selayang di Selangor merupakan stesen minyak pertama yang dibuka oleh Petron Malaysia pada 2014. Memori memberi salam “Hai, Selamat Datang ke Petron!’ kepada pelanggan dengan senyuman lebar masih jelas di ingatan pengusahanya, Mohd Azhar Ismail. Sejak dari itu, hampir 200 stesen minyak telah dibuka – dengan setiap stesen menepati janji Petron Malaysia untuk ‘Fuel Happy’.

“Kami merekodkan satu kejayaan dengan meraikan 10 tahun kami. Bermula dengan permulaan sederhana, kami bangga dengan prestasi Petron Malaysia kini sebagai salah satu syarikat minyak terkemuka negara. Sejak hari pertama, Petron Malaysia kekal komited dalam mengambil peluang baharu, bercita-cita ke arah kecemerlangan dan berjaya menempuhi cabaran-cabaran terkini bersama-sama. 

“Kami amat berterima kasih kepada pelanggan, pekerja, rakan kongsi dan pihak berkepentingan lain yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini,” kata Pengerusi Petron Malaysia, Ramon S. Ang.

Sepuluh tahun berlalu, Petron Malaysia telah mengukuhkan komitmennya dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang konsisten serta berkualiti kepada pelanggan.

Petron Malaysia juga telah menjadikan misinya untuk menyepadukan amalan kemampanan dalam operasi syarikat, merapatkan jurang dalam penyatuan agenda ekonomi, alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Di samping menawarkan lebih nilai kepada pemegang kepentingan Petron Malaysia serta membina masa depan yang lebih baik.

Sebagai sebahagian daripada kemampanan ekonomi, Petron Malaysia telah menyempurnakan dua pelaburan terbesar di Kilang Penapisan Port Dickson pada 2021.

Unit Diesel Hydrotreater kini menghasilkan diesel dengan kandungan sulfur yang lebih rendah memenuhi spesifikasi Euro 5. Manakala Kemudahan Import Marin 2 memenuhi keperluan kapal yang lebih besar seterusnya mengurangkan kekerapan import. 

Kedua-dua projek ini menyumbang kepada pengurangan jejak karbon Petron selaras dengan falsafah syarikat ‘Lindungi alam sekitar kita hari ini untuk hari esok yang lebih baik‘.

Petron juga mempunyai kilang metil ester sawit dengan kemudahan pengeluaran biodiesel untuk memastikan bekalan diesel yang lebih bersih untuk negara tidak terganggu. Kilang PME Lumut baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai naib juara dalam Anugerah Tenaga Negara di bawah kategori Tenaga Boleh Diperbaharui – Biofuel.

“Kami mencapai banyak pencapaian yang hebat dalam tempoh sepuluh tahun ini, dan kami berbangga untuk mengetahui bahawa pencapaian ini telah memberi perubahan positif yang berkekalan kepada kehidupan pemegang kepentingan kami. 

“Sehingga hari ini, kami terus mencipta peluang pekerjaan dan ekonomi, memacu pertumbuhan dan kemajuan di mana sahaja kami berada. Komitmen kami untuk menyemarakkan kegembiraan dan memperkasakan komuniti akan berkembang dengan lebih kukuh,” kata Pengurus Besar Petron Malaysia, Faridah Ali.

Sepanjang musim pandemik, Petron bekerjasama dengan pelbagai entiti swasta dan pertubuhan bukan kerajaan seperti MERCY dan Uncle Kentang untuk menggerakkan sumbangan bahan api, LPG dan minyak enjin kepada masyarakat kurang bernasib baik. 

Ketika negara dilanda banjir besar baru-baru ini, Petron juga berada di barisan hadapan dalam membawa bantuan yang amat diperlukan kepada pihak yang terjejas.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan dan rakan kongsi kami, Petron melancarkan sambutan TENtu Happy di stesen minyak Petron di seluruh negara pada 2 April 2022 dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Hari Penghargaan Pelanggan juga akan diadakan di stesen minyak terpilih untuk sepanjang tahun 2022. Layari Facebook dan Instagram rasmi Petron Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

Disokong oleh 600 tenaga kerjanya yang berdedikasi dan sokongan rakan kongsi serta pihak berkepentingan, Petron Malaysia bersedia untuk berkembang lebih jauh, meningkat dengan lebih tinggi dan meneruskan perjalanan ‘Fueling Happy’ dalam dekad yang akan datang.

GALERI

Google ads
Back to top button