Buletin

BAYAR KERETA BOLEH, LUNAS HUTANG PTPTN RM90 SEBULAN TAK ADA DUIT KATANYA

Isu bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) tidak pernah sunyi. Malah, sejak dahulu lagi pelbagai langkah dan cadangan diutarakan untuk menyelesaikan masalah ini.

Kita faham bahawa masalah pembayaran balik hutang PTPTN melibatkan banyak faktor yang berkait antara satu sama lain. Logiknya, kalau gaji sebulan yang diterima pun tidak cukup untuk keperluan harian, bagaimana hutang PTPTN boleh dibayar?

Sebab itulah baru-baru ini, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan menggesa graduan yang berdepan masalah kewangan serius agar membuat rayuan bagi mendapat pengecualian dan tidak dikenakan potongan gaji secara berjadual.

PTPTN dilapor akan mempertimbangkan rayuan peminjam yang sudah bekerja dengan gaji lebih RM1,000 tetapi mempunyai komitmen kewangan yang tinggi.

Wan Saiful mendedahkan bahawa banyak rayuan yang diterima oleh pihaknya bukan kerana masih belum mendapat kerja atau perlu menjaga ibu bapa yang sakit.

Sebaliknya, ramai yang merayu kerana hendak membeli kereta. Biarpun begitu, PTPTN sedia mempertimbangkannya jika alasan tersebut munasabah.

“Peminjam perlu lebih bertanggungjawab kerana wang itu boleh disalurkan untuk pelajar lain melanjutkan pelajaran. Jangan jadi orang yang mampu bayar duit kereta RM600 sebulan, tetapi RM90 sebulan untuk bayar PTPTN tak sanggup pula,” kata Wan Saiful.

Google ads
Back to top button