Artikel PilihanBuletin

PEMINJAM PTPN MUNGKIN DISENARAIHITAM LESEN MEMANDU, CUKAI JALAN, PASPORT & LESEN PERNIAGAAN

Dalam satu sidang media semalam, pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN) menerusi pengerusinya
Wan Saiful Wan Jan, sedang melihat beberapa pilihan dan cadangan yang lain dalam usaha untuk mengutip semula sejumlah pinjaman pendidikan yang telah diberikan.

Sewaktu taklimat media tersebut, Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, ini termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet.

“Bagi mereka yang tidak komited membayar hutang mereka, terutamanya apabila mereka mampu, langkah-langkah tertentu akan diambil untuk memastikan mereka mematuhi jadual pembayaran sambil melindungi nasib peminjam lain pada masa depan untuk melakukan perkara yang sama,” katanya.

Menurut Mastura lagi, sekatan perjalanan merupakan kaedah paling berkesan dalam usaha mengutip semual pinjaman.

Dua pertiga atau 684,000 dari sejuta peminjam yang liat membayar pinjaman, mula membayar semula setelah sekatan perjalanan menerusi pastport diperkenalkan. Setakat usaha ini diimplementasikan, hanya 332,000 masih belum membuat sebarang bayaran.

Kaedah sekatan ini mendatangkan kesulitan kepada peminjam di pintu sempadan.

Menurut Mastura juga “Kami juga terima beberapa cadangan lain bagi peminjam yang tidak membuat bayaran balik pinjaman dilarang memperbaharui pasport, lesen memandu, cukai jalan dan juga menyiarkan gambar mereka serta menyenarai hitam ahli keluarganya daripada pinjaman pendidikan PTPN,” katanya lagi.

Tahun lalu, pengerusi PTPTN, Wan Saiful mengumumkan sekatan perjalanan ditarik balik. Sebanyak 429,945 peminjam PTPTN yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen turut dikeluarkan dari senarai.

Ia adalah sebagai menepati janji pilihanraya oleh PH untuk Pilihan Raya Umum Ke-14.

Antara Manifesto tersebut ialah menangguhkan bayaran balik kepada peminjam yang memperolehi gaji kurang daripada RM4,000 sebulan.

Tags
Google ads
Back to top button