Buletin

BEBERAPA NOMBOR VIP SIRI “FF” TIDAK BOLEH DIBIDA, PENGGUNA BERANG

Laman sesawang MalaysiaNow melaporkan bahawa berpuluh-puluh nombor pendaftaran kenderaan yang bermula dengan huruf FF tidak boleh dibida dan tidak dibuka kepada umum selepas nombor tersebut dibuka kepada umum untuk dibida melalui sistem atas talian JPJ eBid

Antara nombor-nombor pendaftaran yang terlibat ialah nombor yang melibatkan 2 angka dan juga 3 angka yang menjadi kegemaran pengguna. Isu ini menyebabkan pembida atas talian meras terpedaya dan manipulasi sistem oleh pihak pentadbir dan menyukarkan perniagaan membida nombor pendaftaran kenderaan

Nombor pendaftaran siri FF dari Wilayah Persekutuan Putrajaya diumumkan dibuka untuk jualan pada hari Ahad lagi dan kebanyakan pembida berasa kecewa kerana berpuluh-puluh nombor idaman mereka tidak boleh dibida tanpa alasa yang munasabah

“Kita pun tak tahu siapa yang sekat nombor-nombor ini malah nombor pendaftaran yang biasa dan bukannya istimewa seperti siri dua digit atau satu digit juga disekat untuk dibida.” ujar Wallace Choy dari syarikat Auto Plate Division

Choy mengesyaki sekatan terhadap berpuluh-puluh nombor istimewa ini berpunca daripada permintaan golongan “VIP” yang mahukan nombor pendaftaran tersebut tanpa melalui proses bidaan terbuka, dimana hasil kutipan duit dari bidaan tadi akan menjadi pendapatan pada negara

Jika keadaan ini berlaku, akan berlakunya ketirisan pendapatan negara yang biasa diperolehi melalui bidaan terbuka nombor pendaftaran. Bagi siri pendaftaran “FF” lebih daripada 60 nombor pendaftaran disekat daripada dibida kepada umum

Choy juga meminta sekiranya nombor-nombor ini disekat daripada dibida untuk pengguna awam biasa, pihak berkuasa wajib menjelaskan alasan yang munasabah kenapa nombor tersebut tidak boleh dijual dan dibida oleh orang awam

Google ads
Back to top button