Buletin

HONDA BAKAL DEDAH DUA MODEL SPORT EV PADA TAHUN INI, PENGGANTI ACURA NSX

Pada tahun lalu, Honda mengesahkan bahawa dua daripada 30 model EV yang akan diperkenalkan menjelang 2030, bakal melakukan debut pada tahun ini.

Dua model dimaksudkan ialah pengganti kepada Acura NSX sementara sebuah lagi masih belum ada bayangan tetapi menurut naib presiden Honda Motor Europe, Tom Gardner, ia dijangka didedahkan pada tahun ini.

Kenyataan dari Tom Gardner memberi gambaran bahawa syarikat itu kini mempunyai sesuatu dipertaruhkan termasuklah teknologi, prestasi serta reputasi.

Terdahulu, Honda menyatakan tidak akan menghasilkan EV bagi jenama Type R sehingga bateri jenis pepejal siap dihasilkan. Namun, dengan pengeluaran model EV baharu, sukar untuk membuat andaian, Honda sanggup meletakkan jenis teknologi bateri lebih rendah.

Oleh itu, timbul persoalan sekiranya pengganti kepada Acura NSX itu kelak akan diterima oleh peminat jenama berkenaan.

Selain pengganti Acura NSX, model kedua turut menarik perhatian di mana ia kemungkinan adalah kereta konsep yang didedahkan oleh Honda sebelum ini iaitu Honda Sports EV 2017.

Honda Sports EV 2017 adalah sebuah kereta sport dua tempat duduk dan dibina di atas platform BEV baharu.

Dari segi reka bentuk, kereta konsep ini tetap perlu dikemas kini terutamanya untuk memberi kelainan berbanding kereta EV sedia ada di pasaran.

Berbanding model pertama, model kedua lebih membuatkan peminat teruja kerana setidaknya ia boleh mengisi jurang antara Civic dan NSX.

Google ads
Back to top button