Buletin

WRC 2 – GUS GREENSMITH BERJAYA MEMINTAS OLIVER SOLBERG UNTUK MENANG DI PORTUGAL

Drama persaingan FIA World Rally Championship (WRC) kelas WRC2 nampaknya cukup sengit musim ini. Kali ini giliran Gus Greensmith pula untuk mencatat kemenangan tipis di Vodafone Rally de Portugal di hadapan Oliver Solberg.

Pemandu Britain tersebut berjaya memenangi perlumbaan di Vodafone Rally de Portugal hanya dengan perbezaan 1.2 saat sahaja untuk berada di hadapan pemandu Sweden, Oliver Solberg pada saingan yang cukup panas dan berdebu di Portugal itu.

Di awal saingan perlumbaan hari Jumaat, Oliver Solberg 21 tahun tampak bakal menguasai dengan mudah perlumbaan di Portugal ini apabila berjaya meninggalkan Gus Greensmith dengan kelebihan sehingga 50.2 saat. Segalanya tampak bakal menjadi buat beliau untuk berada di podium utama untuk meraih kemenangan mudah. Malah ketika hari terakhir saingan, Oliver Solberg masih lagi mendahului sehingga 35.4 saat di hadapan Gus Greensmith

Namun Oliver Solberg mungkin tersilap langkah apabila beliau telah membelanja donut kepada penonton sebaik sahaja tamat SS15 (Lousada). Walau pun menerima sorakan daripada penonton, namun hakikatnya perbuatan tersebut telah melanggar peraturan perlumbaan artikel 12.21 peraturan tambahan kepada artikel 34.1.3 FIA WRC Sporting Regulations.

Akibat daripadanya Oliver Solberg telah dikenakan penalti masa 1 minit yang mengakibatkan beliau kehilangan masa berharga. Menurut Oliver Solberg dan Elliot Edmondson, mereka tidak mengetahui mengenai peraturan tersebut dan telah meminta maaf di atas perkara tersebut.

Menurut artikel 12.21, melarang mana – mana peserta aksi tersebut (melakukan aksi pertunjukan) atas faktor ketiadaan lokasi yang bersesuaian dan atas faktor keselamatan.

Dan tugasan untuk mempertahankan kelebihan masa yang diperolehi Gus Greensmith itu berjaya dilaksanakan dengan baik. Sungguh pun demikian, Oliver Solberg terus cuba untuk menghantui dan mengejar Gus Greensmith apabila berjaya memenangi satu daripada baki empat saingan pada hari Ahad dengan defisit masa hanya berbaki 8.7 saat sahaja.

Melengkapkan senarai podium adalah seorang lagi pencabar kejuaraan WRC2 musim ini Andreas Mikkelsen. Menariknya ketiga – tiga podium di Portugal menjadi milik jentera Skoda Fabia RS Rally2 yang jelas mendominasi saingan setakat ini. Mujur ditempat keempat menjadi milik Yohan Rossel  yang memandu jentera Citroen C3 Rally2.

Kedudukan Pungutan Mata Pemandu

  1. Yohan Rossel – 65 mata
  2. Oliver Solberg – 64 mata
  3. Gus Greensmith – 62 mata

BACA : WRC2 – INILAH BARISAN PEMANDU HANDALAN MUSIM 2023

BACA : WRC2 – KATEGORI WRC YANG TIDAK KURANG HEBATNYA

Google ads

B K

Back to top button