Buletin

BEETLE COLLECTORS EDITION. MODEL TERAKHIR KERETA PALING BERSEJARAH DI DUNIA.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memberi penghormatan terakhir kepada generasi Beetle dengan melancarkan Collector’s Edition Beetle yang eksklusif.

Hanya 75 unit, Beetle Collector’s Edition ini berharga RM164,390* dan didatangkan dalam warna biru (Blue Silk), putih (Pure White), oren (Habanero Orange) dan merah (Tornado Red).

Collector’s Edition ini dilengkapi pelbagai aksesori bernilai sehingga RM12,000. Ia merangkumi spoiler belakang, filem dekoratif, tip ekzos krom, pedal sports aluminium, pemijak kaki, VW Tint dan emblem yang menunjukkan nombor produksinya. Semua 75 orang pemilik juga akan menerima satu siijil pemilikan rasmi Collector’s Edition.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Collector’s Edition Beetle adalah untuk meraikan kejayaan yang telah dicapai oleh Beetle.

“Apa juga perkara baik perlu ada penamatnya, samalah seperti model terlaris global ini. Beetle sememangnya menikmati sejarah yang kaya di Malaysia, ia mula dipasang di Shah Alam pada tahun 1968. Malah, ramai rakyat Malaysia yang membesar dengan pengalaman bersama kereta yang disukai ramai ini.”

“Tidak ada kereta yang berjaya mencipta pengikut dan memberi definisi kepada banyak generasi seperti yang dilakukan oleh Beetle. Ini merupakan pengakhiran sebuah era, jadi kita harus meraikan kehidupan dan zaman kegemilangan Beetle dengan sesuatu yang benar-benar istimewa iaitu Collector’s Edition.”

GALERI

Google ads
Back to top button