
NISSAN PERKENAL VAN CAMPER ELEKTRIK BAHARU – INTERSTAR-e RELAX, HARGA SEKITAR RM450K
Nissan bersama syarikat pakar camper dari Jerman, Eifelland memperkenalkan Interstar-e Relax, sebuah van camper elektrik yang direka khas untuk aktiviti perkhemahan dan pengembaraan luar.
Keistimewaan utama Interstar-e Relax ialah keupayaan menggunakan tenaga daripada bateri voltan tinggi kenderaan untuk menghidupkan pemanas kabin ketika berkhemah tanpa memerlukan sambungan elektrik luaran atau generator, sekali gus menawarkan suasana perkhemahan yang lebih senyap dan mesra alam.

Spesifikasi Nissan Interstar-e Relax
- Dibangunkan berasaskan Nissan Interstar-e bersama Eifelland.
- Harga di Eropah bermula sekitar €89,900 (kira-kira RM450,000).
- Dilengkapi fungsi Vehicle-to-Load (V2L).
- Pemanas parkir Truma Eezy menggunakan kuasa terus daripada bateri voltan tinggi.
- Penggunaan tenaga pemanas adalah rendah dan tidak memberi kesan besar kepada jarak pemanduan.
- Pek bateri berkapasiti 87kWh.
- Jarak pemanduan sehingga 410km (WLTP) bagi van standard.
- Menyokong pengecasan pantas DC sehingga 130kW.
- Dilengkapi pengecas AC 22kW sebagai standard.
- Motor elektrik tunggal menghasilkan 143PS (105kW).
- Tork maksimum 300Nm.
- Pacuan roda hadapan.


Kelengkapan Camper
- Katil tetap bersaiz 1.90m x 1.60m.
- Peti sejuk berkapasiti 90 liter.
- Dapur induksi.
- Sinki.
- Kemasan dalaman menggunakan kayu sebenar.
- Ruang simpanan sekitar 2.6 meter padu.
- Tandas mudah alih.
- Empat tempat duduk, dengan dua kerusi boleh ditanggalkan bagi menambah ruang dalaman.


Interstar-e Relax menjadi antara pilihan baharu dalam segmen camper elektrik yang masih kecil, menawarkan pengalaman berkhemah lebih senyap tanpa bergantung kepada enjin diesel atau generator untuk membekalkan kuasa kepada sistem pemanas.
Model ini juga menunjukkan bagaimana teknologi V2L boleh dimanfaatkan bagi kegunaan harian selain hanya membekalkan tenaga kepada peralatan elektrik.







