Motosikal

RASMI: AVETA VANGUARD 180 DIPERKENAL – DARI RM9,398

AVETA melancarkan model terbaru untuk pasaran Malaysia kali ini menerusi Vanguard 180.

Skuter adventure tersebut boleh didapati dengan harga jualan RM9,398 bagi varian Standard dan RM9,698 bagi Explorer Pack yang dilengkapi dengan top box dan crash guard. 

Atas kertas, Vanguard 180 ini dikuasakan enjin satu silinder 174cc SOHC 4-valve yang berupaya menjana 18.4hp pada 8,500rpm dan 17.2Nm pada 6,500rpm. 

Antara ciri ditawarkan pada Vanguard 180 termasuk:

  • dahscam
  • glove box
  • tangki 10.5L
  • USB Type-A dan Type-C
  • penyerap hentak berkembar
  • lampu LED dengan DRL
  • ABS dwi-saluran
  • TCS (boleh padam)

Menurut Aveta, Vanguard 180 ini juga menawarkan jarak kelegaan tanah sebanyak 140mm sekaligus sesuai untuk menempuh laluan yang sedikit lasak dan tidak rata. 

Selain itu, skuter adventure ini turut dilengkapi dengan meter TFT 7-inci dengan fungsi touchscreen, handlebar boleh laras, rack dan penghadang angin boleh laras secara manual. 

Bagi varian Standard, Vanguard 180 ini hadir dengan warna Neon Terrain dan Gray Sandstone sementara Explorer Pack ditawarkan dengan warna Frost White. 

Google ads
Back to top button