Buletin

MIATALAND – RESORT YANG ADA PALING BANYAK MAZDA MIATA (MX-5) DI DUNIA

Pasti ramai tidak tahu bahawa di wilayah Umbria, Itali terletak sebuah resort yang mempunyai keunikan tersendiri. Resort yang dikenali sebaga Miataland itu merupakan rumah kepada koleksi Mazda Miata atau MX-5 paling banyak di dunia. 

Lebih menarik lagi, pemilik Miata tersebut tidak kisah untuk anda memegangnya.

Malah pengunjung dibenarkan untuk memandu roadster itu di sekitar pusat peranginan berkenaan. Dilaporkan terdapat 40 buah Miata di sana yang terdiri daripada model-model asas sehinggalah varian rare. 

Semua kereta itu dibeli dari Eropah, Amerika Utara dan Jepun, sebelum disimpan di dalam sebuah gudang. Di sana, anda berpeluang melihat secara dekat beberapa Miata yang telah diubah suai dengan enjin V8 atau yang diinspirasikan daripada Ferrari 250 GTO. 

Pemilik resort itu juga mempunyai beberapa unit RX-7, sebuah RX-8, Familia GT-R, selain sebuah MX-5 Edisi ulang tahun ke-30. Pengunjung yang tinggal di sebuah rumah ladang itu boleh melihat secara dekat kereta berkenaan. 

Bilik hotel dinamakan sempena nama warna Miata seperti Velocity Red, Sunburst Yellow dan Mariner Blue.  Kunci bilik puladibuat dengan gaya seperti kunci kereta. Malah pengunjung boleh membersihkan badan menggunakan peralatan penjagaan diri bertemakan Mazda. 

Bagi anda yang gemar membaca, sebuah perpustakaan yang lengkap dengan brosur MX-5, rebiu majalah dan buku ada disediakan. 

Jika berminat, harga bilik yang ditawarkan oleh Miataland bermula €165 (RM766) hingga €195 (RM906) semalam.

Kalau rasa mahal, ‘gantikan’ dengan pengalaman memandu Miata menyusuri jalan resort yang menawarkan pemandangan indah sejauh 60km. 

Google ads
"
"
Back to top button