Buletin

BELI ALAT GANTI TULEN DI PLATFORM SPAREXHUB PADA HARGA TERBAIK

Sime Darby Motors Malaysia (SDM Malaysia) telah menjalin kerjasama dengan SpareXhub dalam usahanya untuk meningkatkan pengalaman digital para pelanggan.

Kolaborasi itu membolehkan pelanggan membeli alat ganti tulen secara dalam talian pada harga kompetitif.

“Pemilik kenderaan, terutama yang sudah tamat jaminan pengilang kini boleh membeli alat ganti tulen daripada SpareXhub tanpa perlu rasa bimbang.

“Apatah lagi Ketika pasaran kini dibanjiri oleh alat ganti OEM, aftermarket dan terpakai,” kata Pengarah Peruncitan dan Pengedaran SDM Malaysia, Jeffrey Gan.

SDM Malaysia mengakui bahawa transformasi digital industri automotif membuka peluang baharu kepada pihaknya.

Kerjasama itu tidak terhad kepada pelanggan sahaja, malah memberi manfaat kepada stokis dan bengkel-bengkel bebas yang telah mendaftar di stor dalam talian www.sparexhub.com

Platform e-dagang alat ganti itu dimiliki oleh ACS Pentas (Asia) Sdn. Bhd. Ia membolehkan orang ramai untuk mencari, menempah dan membeli alat ganti original mengikut jenama yang diingini pada harga terbaik.  

Platform itu juga membantu SDM Malaysia meningkatkan kecekapan operasi kerana dapat mengosongkan ruang gudang, menguruskan inventori alat ganti dan sebagainya.

Google ads
Back to top button