Buletin

DAPATKAN ALAT GANTI STOK LAMA FORD DENGAN DISKAUN SEHINGGA 64% DI SPAREXHUB 

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah berkerjasama dengan platfrom e-dagang SpareXHub untuk menawarkan penjimatan hebat bermula 64 peratus untuk alat ganti stok lama Ford yang terpilih. 

Promosi hebat itu bermula sekarang sehingga 31 Mac 2022.

“Kami sentiasa berusaha memberikan nilai tambahan dan kemudahan kepada para pelanggan. Selaras dengan usaha mendigitalkan pengalamanan jualan runcit, kerjasama dengan SpareXHub memberikan pelanggan satu platform untuk mendapatkan alat ganti tulen stok lama Ford dengan cara mudah serta dapat berjimat.

“Pelanggan kini boleh merasa lega mengetahui kenderaan mereka boleh diselenggara dengan alat ganti tulen, walaupun tempoh waranti telah tamat,”  kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion, Turse Zuhair.

Dengan alat ganti tulen Ford, pelanggan dapat memastikan kualiti, kesesuaian dan kemasan yang terbaik kerana semua alat ganti direka khusus untuk kenderaan Ford demi prestasi maksimum.

Maklumat lanjut tentang produk yang ada, harga dan menikmati penjimatan jualan hebat ini, sila layari www.sparexhub.com dan ikuti Facebook SpareXHub.

Google ads
Back to top button