Buletin

BELI DAN JUAL KERETA MAZDA TERPAKAI DI MAZDA ANSHIN. BERBALOI DAN BOLEH DIPERCAYAI

Bermaz Motor baru-baru ini melancarkan laman web Mazda Anshin secara rasmi . Platform itu menawarkan penyelesaian untuk pelanggan yang ingin membeli atau menjual kereta Mazda mereka dengan cara mudah dan selamat. 

Mazda Anshin menyenaraikan kereta demo syarikat dan unit terpakai daripada pelanggan yang telah menjalani pemeriksaan teliti serta disahkan oleh Mazda sendiri. Setiap unit kenderaan itu perlu melalui 111 poin pemeriksaan di pusat servis Mazda di Glenmarie dan Petaling Jaya. 

Langkah itu bagi memastikan kereta terpakai berkenaan berada dalam kondisi terbaik sebelum dijual di laman web Mazda Anshin. Pemeriksaan dilakukan oleh juruteknik terlatih Mazda yang mengambil masa sekitar satu jam. 

Dengan yuran minimum RM200 anda akan menerima penilaian terbaik dan harga cadangan jualan daripada Mazda Anshin. 

Bagi memastikan kualiti, semua kereta terpakai mestilah mematuhi standard kualiti berikut:

  • Tiada kerosakan akibat kemalangan yang serius
  • Tiada kerosakan kerangka
  • Tidak pernah kena banjir

Kenderaan itu juga masih mempunyai baki jaminan pengeluar dan servis percuma dari tarikh ia didaftarkan. 

Pelanggan yang ingin mencari sebuah kenderaan Mazda terpakai yang berbaloi boleh melayari laman web: Mazda Anshin. Mereka juga boleh melihat sendiri kenderaan yang ingin dibeli di pusat Mazda Anshin di:

Google ads
Back to top button