Artikel Pilihan

EMILIO SCOTTO TUNGGANG MOTOSIKAL KELILING DUNIA SELAMA 10 TAHUN

Berapa jauh anda sanggup menunggang motosikal? Pusing satu Semenanjung Malaysia? Pergi ke Sabah dan Sarawak? Apa kata anda menunggang motosikal untuk menjelajah ke seluruh dunia, idea ini kedengaran seperti tidak masuk akal kan? Tapi itulah yang dilakukan oleh Emilio Scotto

Entah apa yang merasuk si Emilio ini pun kami tak pasti, tapi dia nekad untuk mengembara seluruh dunia dengan menaiki Honda Gold Wing generasi kedua yang dikuasakan oleh enjin 1100cc SOHC 4 silinder Boxer. Enjin ini menghasilkan 81 kuasa kuda dan 88Nm tork yang disambungkan dengan transmisi manual 5 kelajuan

Emilio berhenti dari pekerjaannya, menjual semua barangan peribadi bagi mengumpulkan wang tunai USD 306 dan tanpa kad kredit. Kira gamble habis la ni. Sebelum ini Emilio tidak pernah menjejakkan kaki keluar dari Argentina. Kami huraikan pengalaman Emilio melalui poin demi poin untuk memudahkan pembacaan anda

1. Brazil – Emilio tiba di Rio de Janeiro setelah melepasi Uruguay. Tapi malang menimpa Emillio kerana dia dirompak disini sehingga papa kedana. Namun dengan bekalan yang ada, dia mampu meneruskan perjalanan 966km sehingga ke Salvador.

Nasib menyebelahinya kerana Emilio sempat berkenalan dengan anak seorang hartawan yang sudi membekalkan duit kepadanya untuk meneruskan perjalanan.

2. Hutan Amazon – Emilio dinasihatkan supaya tidak melalui hutan Amazon tapi berpatah balik dengan menggunakan laluan lain dengan tambahan 12,874km. Tidak berputus asa, Emilio menumpang sebuah bot yang dipenuhi oleh sekumpulan penjenayah untuk ke Manaus, Brazil. Namun kumpulan penjenayah berkenaan tetap mengucapkan selamat jalan kepada Emilio

3. Nicaragua – jika anda mengikuti perkembangan politik, negara ini sebenarnya mengalami perang saudara antara pihak kerajaan (Contra) dan juga komunis. Nasib Emilio malang apabila dia diberi tembakan amaran di sekeliling kawasan motosikal, diperiksa jika dia merupakan perisik CIA dan selepas mereka berpuas hati bahawa dia seorang pengembara, barulah pihak pemberontak melepaskannya.

4. Honduras – Emilio sekali lagi mengalami nasib malang apabila tayarnya pancit di kawasan yang sangat asing ketika waktu malam. Namun secara tiba-tiba beberapa penduduk tempatan datang membantunya tanpa mengharapkan sebarang balasan wang ringgit. Malah mereka memberikan Emilio tempat tidur untuk semalaman.

5. Amerika – Emilio melintasi sempadan Mexico dan Amerika menerusi Arizona, menuju ke San Francisco, Las Vegas, Grand Canyon, New Orlean, Disneyland dan berehat sebentar di New York tanpa duit tunai. Di sini Emilio bekerja sebagai pelayan di sebuah cafe untuk mengumpul duit dan nasibnya berubah apabila ditemuramah oleh pemberita berkenaan rancangan gila untuk mengembara.

Kesan dari temuramah di TV, sumbangan orang ramai mencurah masuk sehingga cukup untuk dia meneruskan perjalanan ke Eropah.

6. Eropah Timur, blok Komunis – pada tahun 1987 selepas puasa menjelajah Eropah Barat, Emilio memulakan pengembaraan ke blok komunis bermula dengan Romania. Pada pandangan Emilio, Romania ketika itu merupakan sebuah negara yang sangat miskin. Tiada kedai, tiada pasar dan sangat sukar mencari makanan

Namun sekali lagi Emilio bernasib baik apabila dia ditemui oleh pegawai kedutaan Cameeron yang membawanya ke Bucharest dan mengatur sewa bilik untuk dia tinggal beberapa malam.

7. Benua Afrika – Emilio berpeluang melawat 55 negara di benua Afrika bermula dari Tunisia dan terus merentas padang pasir Sahara. Suhu yang panas, pasir, serta ribut pasir selama 4 jam hampir mematahkan semangat Emilio. Sebaik ribut pasir reda, Emilio dan motosikalnya ditimbus dengan pasir.

Dalam satu peristiwa yang mengerikan di satu kawasan perkampungan Afrika, Emilio dipujuk untuk memasuki satu pondok dan diberi minuman memabukkan. Bau bangkai yang busuk menyebabkan Emilio teringat pesanan rakannya di Senegal yang sesetengah kawasan mengamalkan kanibalisme. Nasib baik dia sempat melarikan diri sebelum dibuat sup.

Disebabkan Afrika sedang mengalami pergolakan politik ketika itu, perjalanan di Afrika bukan mudah. Di Burundi, Chad dan Cameeroon pihak berkuasa mendakwanya atas tuduhan menjadi perisik. Di Zimbabwe dia dipenjarakan atas tuduhan passport palsu.

8. India-menempuh 1001 pengalaman di Afrika menyedarkan Emilio tentang perasaan cintanya pada kekasihnya iaitu Monica. Emilio menalefon Monica apabila dia tiba di sempadan Iran-Turki. Monica terbang dari Argentina dan mereka berkahwin di New Delhi. Jadi kalau nak ride motor lama-lama, kena bawa bini. Lesen besar tue

9. Bangladesh– kat sini nasib Emilio malang sikit bila driveshaft gear patah dan seorang pemandu lori sayur sanggup menumpangkannya untuk ke Dhaka. Di Bangladesh, jika anda membawa pelancong, anda boleh memotong barisan untuk menaiki feri. Emilio dapat tumpang secara percuma dan pemandu lori dapat menjimatkan masa 4 hari dari beratur

Disebabkan ini jarang sekali pelancong datang, satu hitel mewah menawarkan penginapan percuma dan mengadakan sidang akhbar khas. Restoran memberi mereka makan percuma, Honda Banglades membaiki motor mereka percuma dan orang Bangladesh mengajak mereka datang ke rumah.

10. Autralia – Emilio dan Monica mengembara benua Australia dan semua pulau-pulau yang ada di sekitarnya dengan menggunakan bot, kapal terbang dan juga feri. Di sini Emilio dan Monica mengalami kemalangan apabila mereka melanggar seekor Emu yang kmelintas jalan secara tiba-tiba. Dari Australia mereka mengembara ke Tuvalu, sebuah negara pulau republik yang kecil di dunia.

11. Jepun – Honda Jepun menawarkan servis percuma dengan membina semula enjin, fork, brek dan juga sistem ekzos. Malah mereka membetulkan semula cesi motor dengan mengimpal semula bahagian yang patah

12. China-ketika cuba memasuki China, pegawai sempadan memintanya membayar 70,000 (tidak pasti dengan matawang mana). Emilio menghubungi presiden kelab permotoran Beijing yang juga merupakan Presiden Olimpik Beijing. Emilio dibenarkan memasuki China secara percuma, tanpa sekatan dan pengawasan. Dari sini Emilio menjadi pelancong pertama yang melawat Mongolia dalam masa 75 tahun

13. Kazakhtan – akibat tiada visa, mereka tidak dibenarkan memasuki Kazakhtan dan diusir ke “no mans land” selama 2 hari sehinggalah kejadian ini dilaporkan dalam berita China. Emilio dan Monica diarah berpatah balik 6437km ke Beijing untuk dapatkan visa dari kedutaan Russia. Ketika berjaya memasuki Kazakhtan, keadaan negara tersebut sangat teruk.

14. Perjalanan Pulang – dari bekas negara jajahan Russia, Emilio dan Monica menuju ke Sepanyol. Di sini mereka bertemu dengan satu syarikat minyak pelincir yang menjadi penaja mereka untuk menguji minyak motosikal di Iceland dan Greenland.

Dari sini mereka berpatah balik menuju ke Amerika, Mexico, Cuba, Guyana, Kepulauan Galapagos, Bolivia, Chile dan akhirnya pulang semula ke Argentina

15. Berikut ialah rekod perjalanan Emilio dan Monica mengelilingi dunia dengan motosikal

-jarak perjalanan mereka ialah 780,531km bersamaan dengan 2 kali mengelilingi bumi

-Ia bermula dari 17 Januari 1985 sehingga 2 April 1995 yang mengambil masa 10 tahun, 2 bulan dan 19 hari

-perjalanan ini meliputi 6 benua dan 232 negara

-Motosikalnya perlu diganti dengan 1 enjin baru sepenuhnya

-Mereka menggunakan 47,317 liter petrol dan 11,356 liter minyak pelincir, 86 tayar, 12 bateri dan 9 tempat duduk baru

-11 pasport diperlukan dengan 64 muka surat dipenuhi dengan cop

-dipenjarakan 1 kali di Amerika dan 5 kali di Afrika

-15 saman (14 di Amerika) dan 1 di Argentina
-dirompak 5 kali (Brazil, Mexico, Guinea, Kenya, China)
-2 kemalangan dengan kereta lain di Tanzania dan Yugoslavia
-9 kemalangan kecil dengan teksi, rusa, helang, babun, babi, emu & anjing
-mengalami 1 gempa bumi, 2 tornado dan 4 ribut
-mengambil 90,000 keping gambar

Google ads
Back to top button