Buletin

BENELLI GANTI TRK 502 X DENGAN TRK 602 X – 56HP, 54NM

Setelah hampir 10 tahun berada dalam pasaran dan kekal sebagai model paling popular dari Benelli, jenama motosikal Itali itu akhirnya melancarkan model pengganti, menerusi TRK 602 X 2026 ketika di EICMA 2025 baru-baru ini. 

Pelancaran TRK 602 X secara langsung mengumumkan ketibaan generasi baharu bagi motosikal adventure itu yang sekian lama merekodkan penjualan terbanyak dalam segmennya terutamanya di Itali. 

Reka bentuk dan visual

Rupa keseluruhan TRK 602 X ini meneruskan kesinambungan rekaan dari TRK 702 X dan TRK 902 X. Rupa bentuk lebih jelas dan tidak lagi bersegi. 

Ketinggian tempat duduk kini 10mm lebih rendah dengan 825mm berbanding 835mm pada TRK 502 X. Penuruan tersebut dilakukan agar TRK 602 X ini dapat diakses dengan lebih mudah. 

Enjin lebih besar

Perubahan terbesar adalah di bahagian enjin dengan TRK 602 X bernadikan unit dua silinder (parallel-twin) 554cc dengan 270-degree crank sekaligus menghasilkan karakter seakan enjin V-Twin. 

Benelli mendakwa platform baharu yang dipinjamkan dari Benelli Tornado 550 ini menawarkan 56hp pada 8,250rpm dan 54Nm pada 5,500rpm. Sekadar perbandingan, TRK 502 X menghasilkan 47hp dan 46Nm. 

Menariknya, Benelli turut mereka semula sistem ekzos dan kotak udara bagi mempertingkatkan respon throttle dan tork. 

Casis dan brek

Untuk makluman, TRK 602 X ini masih mengekalkan kerangka steel trellis namun bahagian depan dipertingkat dengan aluminium tubular. Kerangka belaakng pula lebih ringan dan ergonomik.

Suspensi pula menempatkan fork depan jenis USD berukuran 43mm dengan jarak gerak 140mm manakala bahagian belakang menawarkan monoshock boleh laras dengan jarak gerak 173mm. Bahagian belakang turut memuatkan swingarm aluminium. 

Pakej brek merangkumi brek radial dari Brembo (berkembar) dan dipadankan dengan cakera 320mm depan dan 260mm belakang. Masing-masing dikawal selia dengan sistem ABS yang boleh dipadamkan. 

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:

  • rim 19-inci depan, 17-inci belakang
  • skrin TFT 5-inci dengan sistem navigasi
  • dua mod menunggang (Normal dan Sport)
  • TCS (boleh padam)
  • ABS (boleh padam)
  • slot USB

GALERI: BENELLI TRK 602 X 2026

Google ads
Back to top button