
PUSAT 3S LEAPMOTOR IPOH DIBUKA SECARA RASMI
Industri automotif elektrik terus berkembang di Perak dengan pembukaan pusat jualan dan servis Leapmotor pertama di negeri itu.
Diusahakan oleh CST Auto, fasiliti baharu ini terletak di tengah-tengah bandar Ipoh, sekali gus memudahkan penduduk setempat dan pelanggan dari wilayah utara untuk mendapatkan akses kepada jenama EV tersebut.
Menawarkan keluasan hampir 8,400 kaki persegi merangkumi dua tingkat, pusat itu menempatkan enam ruang pameran kenderaan, dua ruang khas untuk penyerahan unit, zon pengalaman digital interaktif serta ruang santai untuk pelanggan.
Sebagai pusat EV penuh, ia turut dilengkapi dengan kemudahan pengecasan khusus untuk kenderaan elektrik Leapmotor.

Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo, menyifatkan pembukaan pusat berkenaan sebagai langkah penting dalam memperkukuh rangkaian jualan Leapmotor di Malaysia.
“Kerjasama erat dengan rakan strategik seperti CST Auto menjadi pemangkin kepada peluasan jenama. Pusat Leapmotor di Ipoh bukan sahaja memudahkan capaian kepada pelanggan, malah menjadi nadi penghubung kepada pasaran di utara. Ia selari dengan komitmen kami terhadap pertumbuhan, inovasi serta pengalaman pelanggan,” katanya.
Selaku pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti), Leapmotor Ipoh menawarkan kemudahan penyelenggaraan menyeluruh khusus untuk EV.
Bengkel berteknologi tinggi itu dilengkapi peralatan diagnostik voltan tinggi, mesin pengkondisian bateri serta perisian khas Leapmotor untuk tujuan pemeriksaan terperinci.

Semua kakitangan telah menjalani latihan intensif untuk menguasai aspek teknikal EV jenama berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif CST Auto Group, Dato’ Chandhran, berkata fokus syarikat adalah memastikan pelanggan menerima tahap perkhidmatan terbaik sejak hari pertama.
“Pelaburan besar dalam jualan dan selepas jualan, termasuk sokongan penyelenggaraan dan waranti, menunjukkan kesungguhan kami memberi layanan bertaraf premium kepada setiap pemilik Leapmotor,” katanya.
Pelanggan juga boleh mendapatkan pakej waranti dan servis lanjutan, selain bantuan kecemasan 24 jam yang disediakan sepanjang tahun.
Pemilik Leapmotor di kawasan utara turut dijemput hadir bagi melihat rangkaian alat ganti dan aksesori asli yang disediakan.
Leapmotor Ipoh dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Perkhidmatan selepas jualan pula beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, serta Sabtu dari 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Pusat ini ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.
- BACA: BENELLI GANTI TRK 502 X DENGAN TRK 602 X – 56HP, 54NM
- BACA: WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER MENANG DI FORUM8 RALLY JAPAN DAN PELUANG JUARA WRC BUAT KALI KESEMBILAN SEMAKIN CERAH
- BACA: DULU PELOPOR EV DUNIA : APA SEBENARNYA SUDAH JADI PADA NISSAN?
- BACA: PROTON i-GT 1.5L – ENJIN ATKINSON TAPI 120PS & 150NM? MAGIK NI….







