
WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER MENANG DI FORUM8 RALLY JAPAN DAN PELUANG JUARA WRC BUAT KALI KESEMBILAN SEMAKIN CERAH
Pemandu rali lagenda, Sebastien Ogier sekali lagi berjaya membuktikan kehandalan beliau musim ini apabila berjaya muncul sebagai juara di FORUM8 Rally Japan setelah bertarung hebat dengan rakan sepasukan Elfy Evans.
Ternyata persaingan untuk menang di Jepun ini membabitkan pemandu dari pasukan Toyota Gazoo Racing bersama jentera Toyota GR Yaris Rally1 diantara Sebastien Ogier, Elfyn Evans, Takamoto Katsuta ketika saingan perlumbaan dibuka pada hari Jumaat.

Juara dunia lapan kali itu menangkis rakan sepasukan Toyota Gazoo Racing dan pendahulu kutipan mata, Elfyn Evans ketika peringkat akhir perlumbaan dengan permukaanyang basah akibat hujan, dengan hanya kelebihan 11.6 saat untuk merapatkan jurang kepada tiga mata sahaja.
Dan prestasi Toyota Gazoo Racing di bumi sendiri apabila berjaya mencatatkan kemenangan 1 – 2 – 3 apabila seorang lagi pemandu muda mereka Sami Pajari yang dinaikkan pangkat musim ini setelah muncul juara WRC2 musim lalu berjaya mendapatkan podium terakhir, sekali gus menjadi podium pertama beliau dalam kelas utama WRC.
Pemandu pasukan Hyundai Adrien Fourmaux yang ketika itu dalam kedudukan baik untuk mendapatkan podium pada hari sebelumnya, namun terlibat dengan kemalangan dan terlanggar pokok hingga mengakibatkan pintu jentera Hyundai i20 N beliau hancur dan tidak berupaya menamatkan perlumbaan sekali gus memberikan peluang untuk Sami Pajari menaiki podium pertama.

Harapan untuk melihat Kalle Rovanpera kembali bangkit di Jepun tidak kesampaian apabila jentera yang dipandunya mengalami masalah dengan sistem suspensi pada hari Jumaat setelah terlibat dengan kemalangan kecil. Pun begitu Kalle Rovanpera sempat memperbaiki jenteranya namun ketinggalan masa berharga sehingga tiga mini. Dan akhirnya Kalle Rovanpera akur untuk berada di tempat keenam keseluruhan akhirnya bagi kekal mengutip mata penting.
Sementara itu nasib malang masih lagi membelenggu pasukan Hyundai Motorsport apabila jentera utama yang dipandu Ott Tanak dan Thierry Neuville tidak berupaya beraksi dengan cemerlang. Menurut Ott Tanak jentera Hyundai i20 N Rally1 beliau ibarat serba tidak menjadi manakala jentera Thierry Neuville pula bergelut untuk mendapatkan cengkaman dan keseimbangan.

Pun begitu Ott Tanak masih berupaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat keseluruhan dengan pemandu muda pasukan M-Sport Ford Grégoire Munster menduduki tempat kelima, keputusan yang terbaik dalan kerjaya beliau setakat ini.
Dengan berbaki satu lagi perlumbaan di Arab Saudi, persaingan jelas menjadi semakin panas untuk menentukan siapakah akan menjadi juara WRC musim ini diantara Sebastien Ogier, Elfyn Evans atau pun Kalle Rovanpera.
Kredit Foto : WRC
BACA :WRC 2025 – KALLE ROVANPERA DAN TOYOTA RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG DI CENTRAL EUROPEAN RALLY
BACA : WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER MELAKUKAN BUAT KALI KELIMA MUSIM INI DI CHILE

