Motosikal

BENELLI R18i. SUPER MOPED ENJIN 174CC, 18HP, BERMULA RM7,999 SEUNIT!

Benelli Malaysia semalam melancarkan kapcai terbaharunya, R18i dI laman Facebook dan Youtube MForce TV. Dengan tema “In The Blink of an Eye”, R18i menjanjikan kepuasan dan kuasa kepada penunggang.

Selari dengan namanya, model yang dikeluarkan oleh MForce Bike itu mampu menjana kuasa 18hp pada 9,500rpm dan tork 15.1Nm pada 7,000rpm.

Ia dikuasakan oleh enjin dengan sistem pancitan bahan api eletronik dan sistem pencucuh TLI. Enjin bersesaran 174cc empat lejang, empat injap itu kemudian dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

R18i menggunakan suspensi hadapan jenis fork teleskopik terbalik yang biasanya dipasang pada motosikal berkuasa besar untuk pengendalian lebih responsif. Roda belakang pula dipasang dengan suspensi  adjustable monoshock KYB.

Jentera itu hadir dengan throttle body bersaiz 34mm untuk membolehkan penunggang merasai tindak balas lebih pantas dan penuh kuasa.

Paparan speedometer digital LCD dengan rekaan bergaya memaparkan segala maklumat penting tunggangan. Brek hadapan dan belakang pula terdiri daripada cakera tunggal bersaiz 240mm dan 220mm.

Dengan berat 126kg, Benelli R18i dilengkapi tangki minyak berkapasiti 4.8 liter. Ia membolehkan penunggang pergi lebih jauh sebelum perlu mengisi minyak.

R18i ditawarkan pada harga bermula RM7,999 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) Anda boleh memilih daripada tiga warna iaitu merah, hitam dan biru.

Pelanggan akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu). Di samping perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian daripada MForce Bike.

GALERI

Google ads
Back to top button