BuletinMotosikal

BENELLI RFS150i 2019 DENGAN GRAFIK BARU YANG MENARIK

Sejak pelancaran Benelli RFS 150i dua tahun lepas, ia mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia, dengan itu Mforce Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan Benelli RFS 150i dengan grafik baharu yang lebih menarik, bergaya dan juga harga yang berpatutan. 

Warna dan reka bentuk grafik yang dihasilkan oleh pasukan pereka Mforce telah memenuhi citarasa bakal pengguna. Benelli RFS150i baharu ini juga dilengkapi muffler yang lebih sporti dan bakal memberi prestasi yang lebih baik kepada penunggang. 

Benelli RFS150i SE juga mendapat wajah baru. Antara Ciri-ciri yang diubah adalah warna badan dan rim motosikal.

Warna badan Benelli RFS150i Baharu adalah biru dan dilengkapi sport rim hijau florosen.Selain warna dan grafik, ia juga dilengkapi grip pendikit dan tuil brek boleh laras yang diperbuat oleh logam aloi yang ringan.

Harga jualan bagi Benelli RFS150i grafik baharu ini adalah RM 7,238.00 bagi versi standard dan RM7488.00 bagi versi SE. Semua harga yang disebut adalah tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Sila kunjungi ruang pameran Benelli yang sah berhampiran andauntuk maklumat lanjut.

Google ads
Back to top button