Motosikal

VESPA PRIMAVERA PIC NIC. GAYA SANTAI, RM19,900 SAHAJA

Didi Resources baru-baru ini melancarkan Vespa Primavera Pic Nic ke pasaran tempatan.

Model edisi khas itu menggabungkan aspek gaya hidup individu yang sentiasa mahukan kebebasan dan ingin mencari erti kebahagian dalam apa jua cara.

Vespa Primavera Pic Nic diserlahkan menerusi tali kulit berwarna beige pada rak hadapan dan belakang yang didatangkan sebagai ciri standard. Ia bukan sekadar hiasan, tetapi berfungsi untuk mengikat barang ketika menunggang.

Warna coklat klasiik dipilih untuk perehat kaki dan beberapa bahagian lain. Tempat duduk pula hadir dengan rekaan unik bersama pilihan warna coklat berbeza agar kelihatan lebih sofistikated.

Sentuhan-sentuhan kecil tetapi elegan yang lain termasuklah bendera Itali pada tali pelana belakang.

Keunikan Vespa itu diserlahkan lagi dengan kemasan krom, garis pada badan dan rim aluminium berwarna putih bersaiz 12 inci. Pelanggan boleh memilih di antara tiga warna menarik iaitu putih, hijau dan kelabu.

Anda tidak akan tersalah dengan model lain kerana bahagian hadapannya terpapar lencana Vespa Pic Nic.

Jentera itu dikuasakan oleh enjin i-GET silinder tunggal dengan sistem penyejukan udara. Enjin dengan sistem pancitan bahan api elektronik serta injap tiga hala itu mampu menjana kuasa 12.7hp dan tork 12.8Nm.

Bagi menjadikan model tersebut lebih istimewa, pelanggan boleh mendapatkan selimut piknik dan bakul rotan bersama kemasan kulit untuk dipasang pada rak belakang.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli tumbler khas Vespa, topi fedora serta beg tote berwarna putih dan kelabu.

Vespa Primavera Pic Nic ditawarkan pada harga RM19,900 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button