Artikel Pilihan

US NAVY BINA LITTORAL COMBAT SHIP DARI ALUMINIUM. TAPI…

Seperti yang kita tahu, kebanyakan kapal perang dibina dengan menggunakan rangka keluli. Kapal perang yang dihasilkan perlu memuatkan pelbagai peralatan seperti radar dan peralatan elektronik peperangan yang menggunakan ruang yang sangat besar di atas kapal untuk pelbagai misi.

Keadaan ini menjadikan kapal perang tidak seimbang dari segi agihan berat terutamanya di bahagian atas (top side). Bagi mengurangkan berat, beberapa firma pembuatan kapal telah mencadangkan kapal baru yang dibuat daripada aluminium untuk US Navy terutama Littoral Combat Ship

Littoral Combat Ship merujuk kepada kapal perang yang beroperasi berhampiran dengan kawasan pantai, dilengkapi dengan sistem integrasi rangkaian termaju, boleh membiaskan radar agar susah dikesan oleh pihak musuh serta berupaya menangani ancaman musuh dari permukaan laut, udara atau dari kapal selam

Antara contoh terbaik Littoral Combat Ship ialah Freedom Class dan Independence Class yang yang dihasilkan dengan menggunakan aluminium pada bahagian atas untuk mengurangkan berat kapal serta menjadikannya lebih tangkas.

Sejak dari itu pembuat kapal banyak menghasilkan Littoral Combat Ship dengan badan kapal yang dihasilkan daripada keluli dan bahagian atas dengan menggunakan aluminium, satu keputusan yang ditentang oleh beberapa pakar bahan.

Antara kelemahan penggunaan aluminium bagi pembuatan badan kapal ialah ia memiliki takat lebur yang rendah (640 Celcius) berbanding dengan keluli (1450 Celcius). Dalam satu insiden kebakaran, kapal yang dihasilkan dengan aluminium mudah mengalami kegagalan struktur akibat suhu yang tinggi.

Dalam proses pembuatan, mencantumkan badan kapal yang dibuat menggunakan keluli dengan bahagian atas yang dihasilkan dengan menggunakan aluminium adalah satu tugas yang agak sukar disebabkan perbezaan suhu bahan tadi. Dalam kebanyakan kes, hasil kimpalan tadi juga terdedah kepada masalah karat.

Kapal LCS seringkali beroperasi dalam keadaan cuaca buruk dan dihempas dengan ombak besar yang mendedahkan kapal kepada stress yang tinggi, menyebabkan badan kapal melentur. Kapal LCS yang dihasilkan dengan keluli boleh menahan stress yang tinggi, namun jika dihasilkan dengan aluminium ia akan merekah.

Ketika aluminium dipertimbangkan dulu, ia memiliki beberapa kelebihan seperti ketumpatan yanglebih rendah berbanding dengan keluli yang menyumbangkan kepada kecekapan bahan api. Enjin yang lebih kecil boleh digunakan dan ruang yang lain boleh digunakan untuk pemasangan senjata dan sistem sensor yang lain

Aluminium juga kurang berkesan dengan medan magnetik yang mendedahkannya kepada periuk api laut. Salah satu sifat aluminium ialah apabila ia teroksida, lapisan oksida tadi akan membalut aluminium dan menghalangnya daripada terus berkarat

Jadi kapal tidak perlu dicat dan mengurangkan kos penyelenggaraan. Namun jika aluminium bersentuh dengan stainless steel, air laut akan bertindak sebagai elektrolit yang akan mempercepatkan proses pengaratan. Masalah pengaratan dan rekahan pada badan kapal memaksa US Navy menamatkan perkhidmatan LCS lebih awal

LCS Freedom, LCS Independence, LCS Fort Worth dan LCS Coronado lebih awal walaupun baru sahaja memulakan perkhidmatan 6 tahun lepas. Ia adalah satu kegagalan pihak Navy dalam memilih bahan yang sesuai untuk pembinaan kapal. Untuk rekod, kapal yang dibina dengan menggunakan keluli biasanya mampu berkhidmat selama 40 tahun untuk tentera laut.

Google ads
Back to top button