
BERAKHIRLAH SUDAH ERA ENJIN BUATAN TANGAN BENTLEY W12
Pengeluar kenderaan mewah terkemuka dari Britain, Bentley Motors meraikan pengeluaran enjin 12 silinder berprestasi tinggi buatan tangan buat kali terakhir di ibu pejabat syarikat di Crewe di UK. Ianya menyimpulkan bab penting dalam sejarah Bentley, apabila mereka seperti Bentayga, Continental GT dan Flying Spur yang turut dikuasakan enjin W12 yang terakhir dikeluarkan di kilang pengeluarannya Dream Factory.

Untuk rekod lebih daripada 100,000 unit enjin W12 ini telah dihasilkan semenjak enjin itu mula diperkenalkan untuk model Continental GT buat pertama kalinya pada tahun 2003. Keputusan penting untuk menghentikan pengeluaran adalah sejajar dengan strategi Beyond100 Bentley, yang akan menyaksikan mereka akan menjadi peneraju global dalam mobiliti mewah yang mampan.
Setiap enjin W12 buatan tangan ini akan mengambil masa tujuh jam pemasangan dengan memerlukan pemasangan teliti 2,600 komponen berasingan. Enjin yang cukup berkuasa ini mampu memecut 0 – 100 km/j hanya dalam tempoh 3.5 saat dengan kelajuan tertinggi sehingga 335 km/j.

Untuk menandakan majlis istimewa ini, majlis makan tengah hari peringatan untuk perhimpunan W12 dan pasukan R&D telah diadakan di Bentley’s Heritage Garage di Crewe. Para tetamu kemudian berkumpul untuk membentuk sebahagian daripada gambar potret W12 di Pyms Lane Plaza. Rakan sekerja pemasangan turut dihadiahkan hadiah piston enjin W12 sebagai tanda peringatan untuk menghargai detik tersebut.
Enjin 6.0 liter turbo berkembar W12 – enjin 12 silinder paling berjaya pada era moden untuk Bentley akan digantikan dengan trenkuasa baharu yang berprestasi serba baharu untuk menandakan permulaan era baharu bagi syarikat itu.

Hibrid Berprestasi Tinggi Ultra itu akan menggabungkan enjin pembakaran V8 yang berkuasa dengan teknologi bateri termaju. ‘Electrocharging’ menggunakan sistem hibrid yang kuat dan akan dibina lebih lanjut terhadap rangkaian kuasa petrol-elektrik sedia ada untuk Bentley.
Menghasilkan output tertinggi pernah ditawarkan dalam mana-mana Bentley, enjin itu akan memacu generasi baharu kereta super paling dinamik, responsif dan cekap yang pernah dibina Bentley. Setiap model dalam rangkaian Bentley akan tersedia dengan rangkaian kuasa elektrik baharu. Unit ini menghasilkan lebih kuasa daripada W12 yang akan dipencenkan, digabungkan dengan angka CO2 kitaran pemacu WLTP yang rendah iaitu hanya 50 g/km.
BACA : TIGA MODEL BENTLEY BENTAYGA ISTIMEWA SEMPENA HARI WANITA
BACA : BENTLEY BENTAYGA APEX EDITION – 20 UNIT SAHAJA DALAM DUNIA. SUPER RARE NI