Buletin

BERITA BAIK, BMW MASIH MAHU KEKALKAN TRANSMISI MANUAL

Satu hakikat yang terpaksa ditelan oleh golongan purist, transmisi manual semakin berada di ambang kepupusan.

Berita baik, BMW dilapor berjanji akan terus mengekalkan penawaran model bertransmisi manual, seperti yang diumumkan sendiri oleh ketua BMW M, Frank van Meel kepada Autocar.

Menurut bos BMW M, permintaan terhadap transmisi manual (berdasarkan tempahan model M2) masih lagi kuat, di mana 50 peratus daripada tempahan itu terdiri daripada model bertransmisi manual.

“Dari sudut teknikal, tiada sebab untuk mengekalkan transmisi manual. Ia berat, lebih perlahan dan kadar penggunaan bahan api yang tidak menjimatkan.

“Tetapi, pelanggan dan peminat lebih menggemari transmisi manual, ia memberikan satu hubungan yang membolehkan mereka menjinakkan kereta berkuasa tinggi. Jadi, kami mahu mengekalkannya,” jelas Meel lagi.

Beberapa syarikat automotif sudah pun mula menghentikan penawaran transmisi manual, seperti contoh Mercedes-Benz seawal 2023 dan Volkswagen pula menjelang tahun 2030. – Autocar

Google ads
Back to top button