Buletin

KEMPEN RECALL UNTUK TOYOTA BZ4X, TAYAR MUDAH TERCABUT

Toyota bZ4X merupakan SUV elektrik pertama jenama itu yang baharu sahaja dilancarkan, namun Toyota terpaksa berdepan dengan kempen panggil semula melibatkan SUV tersebut.

Menurut laporan, Toyota memanggil semula kira-kira 661 unit Toyota bZ4X (serta kembarnya Subaru Solterra) yang dihasilkan antara 30 Mac hingga 21 April 2022 disebabkan oleh risiko tayar tercabut.

Untuk menangani masalah ini, Toyota menasihatkan para pemilik untuk tidak memandu kenderaan mereka sehinggalah ia dapat diselesaikan.

Punca sebenar masih lagi dalam siasatan, namun Toyota telah merekodkan sehingga tiga kes melibatkan tayar tercabut – satu di Taiwan dan dua di Amerika Syarikat.

Dalam tiga kes terawal yang dilaporkan, kesemua bolt hab tayar longgar dan menyebabkan tayar tercabut.

Setelah membuat pengesahan dan menilai masalah tersebut menerusi ujian tersendiri, baharulah Toyota mengumumkan kempen panggil semula keselamatan secara sukarela. – NHTSA

Google ads
Back to top button