Buletin

BMW 2002 TURBO – INI BARULAH BETUL BETUL RARE

Dalam dunia moden, sudah pasti kita cukup mengenali model Siri 5 sebagai sebuah model sedan yang cukup laju dan eksklusif. Tapi inilah dia, model BMW 2002 Turbo, sebuah model sedan bersaiz kecil yang dihasilkan daripada Siri BMW 02.

BMW 2002 Turbo ini mula diperkenalkan sewaktu Frankfurt Motor Show 1973 sebagai model perdana untuk Siri BMW 02 disaat dunia sedang dilanda krisis minyak yang pertama kali melanda. Ketika itu negara Jerman mengenakan beberapa undang – undang untuk menjimatkan bahan bakar seperti tiada penggunaan kenderaan pada hari Ahad serta pengurangan had laju 100 km/j selama enam bulan di autobahn. Dan ianya menjadi titik tolak kepada kejayaan penghasilkan model yang kini didambakan oleh seluruh peminat / pengumpul klasik ini.

Kesan daripada krisis minyak yang melanda dunia ini turut mengakibatkan dunia automotif menerima impaknya. Dan BMW 2002 Turbo ini adalah siri pertama kereta Eropah yang menampilkan pengecas turbo. Dengan saiz yang kecil, menggunakan layangan warna kemasan cat Polaris metalik dan Chamonix yang kelihatan cukup kena dengan imejnya di era 70an.

Jurutera BMW menggunakan sistem suntikan bahan api Kugelfischer serta pengecas turbo KKK untuk mengekstrak kuasa sekitar125 kW/170 hp pada 5,800 rpm menggunakan enjin empat silinder 2.0 cc. Kuasa tujahannya juga boleh tahan, sekitar 245 Nm (181 lb-ft) pada 4,000 rpm.

Itu sudah cukup untuk menggerakkan model BMW 2002 Turbo yang agak ringan (berat hanya 1,080 kilogram) dari 0 hingga 100 km/j (62 mph) dalam hanya 6.9 saat serta berupaya mencatatkan kelajuan maksimum pada angka 211 km/j (131 mph) . Maka tidak hairanlah sekiranya BMW 2002 Turbo ini merupakan jentera yang cukup pantas di negara sendiri Jerman ketika itu.

Bahagian kabin BMW 2002 Turbo ini menampilkan aura sporty dengan menampilkan rekaan tempat duduk dan juga strereng yang lebih sporty serta kemasan warna merah pada panel instrumen.

Sebenarnya jikalau dilihat pada sudut tepi, kelihatan proposisi rekaan diantara bahagian hadapan dan belakang tak berapa kena, bahagian belakang kelihatan lebih panjang walau pun rekaan cermin sisi untuk penumpang belakang agak kecil. Sungguh pun demikian, ianya masih mampu memuatkan dua penumpang di bahagian belakang dengan selesa.

Dan kini untuk mendapatkan sebuah model BMW 2002 Turbo dalam keadaan sempurna cukup sukar. Apatah lagi kini harganya melebihi angka sehingga Euro 100,000 (RM502,820). Nilai sejarah dan estetika yang wujud pada model ini menjadikan ianya cukup sempurna untuk dimiliki.

Dikhabarkan, sehingga ke Jun 1975, hanya sejumlah 1,672 unit telah dikeluarkan dan dijual kepada pemilik pertamanya. Ini barulah betul rare kan?

BACA : BMW Z1 – INILAH ATUK KEPADA LAGENDA SIRI Z MILIK BMW

BACA : 90 TAHUN EVOLUSI GRIL ‘KIDNEY’ BMW

Google ads

B K

Back to top button