Artikel Pilihan

7 FAKTA TENTANG ALFA ROMEO 33 STRADALE

Alfa Romeo 33 Stradale merupakan supercar edisi terhad yang dikeluarkan oleh Alfa Romeo dengan 33 unit sahaja yang akan dihasilkan nanti. Ia merupakan satu langkah yang diambil oleh Alfa Romeo bagi memberi penghormatan kepada model Alfa Romeo 33 Stradale generasi pertama yang dilancarkan 56 tahun yang lepas.

1. Litar Monza dipilih sebagai tempat untuk melancarkan jentera ini kerana pada 31 Ogos 56 tahun yang lepas, model pertama 33 Stradale telah dilancarkan di litar ini. Litar ni dipilih kerana Nino Farina memenangi perlumbaan F1 tahun 1950 dengan menggunakan jentera Tipo 158 Alfetta.

2. Terdapat 1 pilihan enjin yang ditawarkan iaitu enjin 3000cc V6 turbo berkembar MC20 yang menjana sehingga 620 kuasa kuda. Semua kuasa akan dihantar ke roda belakang menerusi transmisi 8 kelajuan klac berkembar yang dihasilkan oleh ZF. Dari segi prestasi, pecutan 0-100km/jam dibuat dalam masa kurang 3 saat manakala halaju tertinggi pula mencapai 333km/jam

3. Satu lagi pilihan trenkuasa yang ditawarkan ialah varian EV sepenuhnya dengan tetapan 2 motor elektrik bagi menjana sehingga 750 kuasa kuda. Tiada data berkenaan dengan unit bateri yang digunakan namun supercar ini boleh dipandu sehingga 450km jarak perjalanan, pecutan 0-100km/jam dalam masa kurang saat dengan halaju tertinggi dihadkan kepada 306km/jam

4. Rekaan asas platform model 33 Stradale menggunakan rekaan asas yang sama dengan Maserati MC20 namun beberapa perubahan telah dibuat termasuklah penggunaan cesi gentian karbon sepenuhnya dan juga double arm active suspension. Valteri Bottas pula akan bertanggung jawab untuk memberi input pemanduan jentera ini semasa proses penalaan cesi.

5. Jentera ini tidak akan dibina oleh fasiliti pemasangan Stellantis ataupun kilang Alfa Romeo, sebaliknya kesemua 33 unit tadi akan dipasang oleh Carrozeria Touring Superleggera iaitu coachbuilder yang terkenal di Itali dan mempunyai sejarah dan hubungan yang panjang dengan Alfa Romeo.

6. Semua 33 pelanggan yang telah menempah jentera ini boleh meminda kesemua rekaan pada jentera ini termasuklah saiz perongga kemasukan udara, saiz sport rim dan tayar, front shield, warna, jenis kemasan di dalam kabon, nombor cesi dan meletakkan tandatangan pemilik pada cesi jentera.

7. Rekaan ruang kabin pula mengetengahkan konsep minimalis retro dengan sentuhan kabin, menghasilkan ruang kawalan yang lebih kemas dan elegan dan penggunaa stering yang serba ringkas dengan rekaan 3 spoke. Sistem infotainmen akan keluar dari papan pemuka bila diperlukan dengan menawarkan sambungan Apple Car Play dan Android Auto

Alfa Romeo 33 Stradale 2025 ditawarkan dengan harga permulaan sekitar 1 juta USD untuk varian asas sebelum pilihan untuk pelanggan mengubah rekaan atau special custom bagi jentera ini

Google ads
Back to top button