Buletin

BMW Z1 – INILAH ATUK KEPADA LAGENDA SIRI Z MILIK BMW

Selain daripada sedan eksekutif milik BMW yang cukup digilai oleh seluruh para pria yang ada dimuka bumi, sebenarnya BMW turut dikenali dengan penghasil model roadsters / convertible terutamanya melalui model Z3 yang turut sama berlakon sebagai watak dulu dalam filem James Bond; Golden Eye.

Tahukah bahawa ketika BMW Z3 muncul di dalam filem tersebut bersama watak utama Pierce Brosnan, terdapat sedikit kontroversi kala itu kerana ianya adalah kereta pertama bukan buatan British yang muncul sebagai kenderaan utama untuk hero James Bond.

Tapi kita mungkin tidak tahu tentang asal usul tentang kelahiran BMW Z1. Inilah dia atuk kepada Siri Z yang ada di dalam keluarga BMW.

Model pertama Z1 ini dikeluarkan bermula pada tahun 1989 sehingga 1991 sahaja. Asalnya, pada tahun 1985 BMW telah menubuhkan division BMW Technik GmbH khusus untuk pembinaan model dan teknologi baharu dan model pertama kereta konsep mereka adalah Z1 ini. Dan akhirnya model ini mula ditayangkan sewaktu Frankfurt Motor Show 1987 sebelum produksinya dimulakan setahun kemudian.

Reka bentuknya luarannya agak tipikal untuk sebuah model roadster keluaran Eropah. Reka bentuk muncung yang agak tajam serta gril dengan logo BMW yang agak kecil, membuatkan orang ramai mungkin menyangka ianya bukanlah model keluaran daripada BMW.

Namun ada sesuatu yang menarik tentang BMW Z1 ini sebenarnya. Terutamanya membabitkan rekaan pintu masuk. Pemandu tidak perlu untuk membuka sama seperti tipikal kereta yang lain. Sebaliknya dengan hanya menekan butang yang terdapat di bahagian tengah. Cermin dan sebahagian panel pintu akan serta merta turun ke bawah / naik menengak menggunakan kawalan motor elektik bagi membolehkan pemiliknya melangkah masuk ke bahagian kabin. Untuk kecemasan, ianya juga boleh dibuka secara manual.

Sungguh pun demikian, untuk ciri keselamatan, ciri keselamatan pada bahagian pintu turut diberikan keutamaan dengan penghadang besi yang sedikit tinggi bagi melindungi pemandu. Dan ada sesetengah negara, undang – undangnya membenarkan tingkap dan sebahagian panel pintu tersebut diturun hingga ke bawah.

Selain daripada itu, BMW Z1 ini turut menggunakan innovasi terkini di kala itu dengan panel sisi dan pintu diperbuat daripada termoplastik Xenoy GE. Manakala Bonet, but dan penutup bumbung menggunakan komponen GRP yang dibuat daripada Seger + Hoffman AG.

Malah cat badan Z1 ini turut menggunakan kemasan khas lacquer yang dibangunkan bersama olehAKZO Coatings dan BMW Technik GmbH. Dan disebabkan panel badan hanya dibaluti dengan plastik, ianya memungkin pemiliknya membeli set panel tambahan atau pun membukanya begitu sahaja dan terus memandu serupa kereta buggy yang hanya mempunyai rangka keselamatan sahaja.

Trenkuasa Z1 ini menggunakan enjin daripada M20B25 yang bersesaran  2,494 cc dan mampu menghasilkan kuasa sehingga 170 kuasa kuda yang digandingkan bersama kotak gear manual lima kelajuan.

Melihatkan titik graviti yang rendah, sudah pastinya BMW Z1 ini sungguh sedap untuk dipandu. Serupa pandu go-kart orang kabor. Walau pun jangka hayat tempoh produksi model ini tidak lama, namun sejumlah 8,000 unit telah menjadi pemilik ketika itu.

Dan kini legasi Siri Z diteruskan dengan pengenalan model Z4.

BACA : MENANGI BMW Z4 sDRIVE 30i M SPORT DENGAN QUILL AUTOMOBILES

BACA : BMW Z4 VS TOYOTA SUPRA. APA YANG BERBEZA?

Google ads

B K

Back to top button