Motosikal

BMW HP 4 RACE – 215hp & 171kg, RM520,900 SEUNIT

Selain model touring BMW G 310 GS, BMW Motorrad Malaysia turut menawarkan jentera untuk mereka yang mahu beraksi di atas litar lumba.

Hanya diproduksi sebanyak 750 unit sahaja di seluruh dunia, anda kini boleh memiliki sebuah BMW HP4 Race pada harga RM520,900 (di atas jalan, tdai termasuk insurans) seunit.

Harus tahu bahawa motosikal ini dibina satu persatu oleh pasukan pakar demi memastikan tahap kualiti kuasa dan kebolehpercayaan paling tinggi ketika beraksi di atas trek.

BMW HP4 RACE dikuasakan oleh enjin bagi tujuan perlumbaan dengan janaan kuasa maksimum mencecah 215hp pada 13,900rpm dan tork puncak 120Nm pada 10,000rpm.

Berbanding BMW S 1000 RR, kelajuan maksimum jentera ini telah ditingkatkan daripada 14,200rpm kepada 14,500rpm. Dengan matlamat untuk mencapai prestasi terbaik, kotak gear perlumbaan enam kelajuan dengan nisbah pendek digunakan.

Dari segi enjin dan sistem elektronik, BMW HP4 Race berada dalam kategori sama seperti jentera perlumbaan keluaran kilang. Namun, ia lebih menyerlah menerusi suspensi dengan kerangka gentian karbonnya.

Hanya seberat 171 kilogram dalam keadaan tangki penuh, BMW HP4 Race sebenarnya lebih ringan berbanding mana-mana jentera perlumbaan yang digunakan dalam Kejohanan Superbike Dunia sekarang.

BMW HP4 Race semestinya memenuhi keperluan paling tinggi teknologi perlumbaan dari segi elemen suspensi dan breknya. Fork terbalik (upside-down) FGR 300 dan topang gegelung TTX 36 GP dibekalkan oleh pengeluar dari Sweden, Öhlins.

Ia merupakan komponen sama yang digunakan oleh jentera dalam perlumbaan Kejohanan Superbike Dunia dan MotoGP. Aloi ringan lengan ayun diperbuat daripada kepingan besi itu juga ialah komponen yang digunakan dalam Kejohanan Superbike Dunia.

Dengan dua angkup brek monoblock Brembo GP4 PR, sistem brek HP4 Race boleh ditemui pada jentera Kejohanan Superbike Dunia.

Omboh titanium dan satu unit angkup aluminium dengan permukaannya disadur nikel secara kimia ialah kombinasi material terbaik yang boleh anda perolehi pada hari ini.

Ia didatangkan dengan pakej sistem bantuan penunggang, kawalan elektronik dan satu sistem elektrikal ringan yang telah dioptimumkan untuk memenuhi keperluan perlumbaan.

Pelbagai maklumat boleh diperoleh daripada papan pemuka 2D (data-logger) dengan memori datanya boleh dikongsi.

BMW HP4 Race hanya ditawarkan dalam skim warna BMW HP Motorsport yang memberikan penampilan agresif sebuah superbike sebenar.

Google ads
Back to top button