Motosikal

BMW M 1000 RS BAKAL TIBA 2027 – ENJIN 999CC, 205HP

BMW Motorrad bakal memperkenalkan BMW M 1000 RS pada tahun 2027. 

Maklumat tersebut disahkan berdasarkan dokumen yang telah difailkan di US Environmental Protection Agency (EPA) dan California Air Resources Board (CARB). 

sumber: Motorcycle.com

Berdasarkan dokumen tersebut, BMW Motorrad telah pun memfailkan nama M 1000 RS di samping M 1000 RR. Menariknya, dokumen tersebut mendedahkan bahawa M 1000 RS akan mengguna pakai enjin empat silinder 999cc yang sama diguna pakai pada M 1000 RR. 

Untuk rekod, trenkuasa tersebut berupaya menjana 205hp pada 13,000rpm dan 113Nm pada 11,000rpm. 

Persoalannya, lencana RS tersebut merujuk kepada model apa?

Buat masa ini, satu-satunya model dengan nama RS adalah R 1300 RS yang merupakan sebuah motoikal sport touring yang dikuasakan enjin boxer 1,300cc yang menawarkan 145hp dan 149Nm. 

Kami menjangkakan M 1000 RS juga merupakan model sport-touring yang berasaskan R 1300 RS namun dengan enjin yang lebih berkuasa. 

Pengumuman rasmi mengenai BMW M 1000 RS ini berkemungkinan akan dibuat pada hujung tahun ini menjelang EICMA 2026.

Google ads
Back to top button