Artikel PilihanBuletin

BMW M X DRIVE. GABUNGAN SISTEM AWD DAN 4WD DALAM SATU SISTEM

Kami telah menceritakan dengan mendalam berkenaan sistem AWD dan 4WD dalam artikel sebelum ini. Sekurang-kurangnya kita faham apakah aspek perbezaan mekanikal antara kedua-dua sistem ini. Sehinggalah Mitsubishi hadir dengan rekaan sistem 4WD terbaru mereka.

Bagi kenderaan pacuan empa roda versi terbaru seperti Mitsubishi Triton, ia datang dengan satu ciri baru 4WD Super Select II yang dipanggil dengan nama 4H dimana ia menggunakan sistem viscous coupling dan center differential sama seperti kenderaan pacuan semua roda.

Jadi kereta akan berfungsi sama seperti kenderaan AWD yang mempunyai kelebihan pengendalian seperti dipandu ketika hari hujan walaupun menggunakan sistem transfer case. Tapi apabila kita bercakap mengenai sistem BMW M xDrive AWD, sekali lagi kita akan pening kerana ia memberi definasi baru berkenaan sistem AWD dan 4WD

Biasanya kereta sedan akan menawarkan sistem AWD yang dilengkapi dengan klac. Klac ini berfungsi mengawal tork yang akan dihantar ke gandar depan atau belakang. Mungkin 30% tork pada gandar depan, 70% tork pada gandar belakang, tapi pemandu tak boleh bagi input pada sistem.

Pemandu juga tak boleh nak pilih berapa peratus tork yang boleh dihantar pada gandar depan atau belakang. Semua keputusan akan dibuat dan dilaksanakan oleh ECU sistem. Tapi BMW kata sistem AWD ini tak kena dengan jiwa permotoran mereka. Ia mungkin sesuai untuk SUV tapi kurang sesuai untuk sedan prestasi tinggi mereka.

Bila sebuat sedan prestasi tinggi, kuasa yang dihasilkan oleh BMW M4 ini bukanlah boleh diambil mudah. Enjin 6 silinder 3000cc S58 ini menghasilkan sekitar 503 kuasa kuda dan 650Nm tork. Sekiranya semua kuasa ini dihantar ke gandar belakang sahaja, besar kemungkinan ia akan terbabas melanggar paip air di tangan pemandu yang tidak mahir

Jadi kereta prestasi tinggi ini perlukan sistem pacuan semua roda AWD bagi memastikan semua kuasa diagihkan dengan tepat pada semua tayar. Cengakaman tambahan yang diperolehi akan membantu kereta memecut dengan lebih pantas dan prestasi di selekoh juga dapat dipertingkatkan.

Jadi bagi membolehkan pemandu memberi input pada sistem AWD ini, BMW mengarahkan pembekal transmisi mereka iaitu ZF Friedrichshafen AG atau ZF untuk memasang transfer case iaitu komponen utama sistem 4WD dalam gear 8 kelajuan automatik.

Transfer case ini dibina secara built in dalam kotak gear dan yang membezakan transfer case ini dari pembuat kereta lain ialah wujudnya sistem klac sama seperti central differential yang digunakan oleh sistem AWD. Kelebihan sistem transfer case dengan klac ini membolehkan pemandu memilih 3 mode pemanduan utama.

Ia merangkumi 4WD, 4WD Sport dan juga 2WD. Dalam mode 4WD, sistem akan berfungsi sama seperti sistem AWD lain iaitu menghantar semua kuasa pada 4 tayar. Namun BMW memilih untuk menghantar lebih banyak kuasa pada tayar belakang berbanding dengan tayar depan bagi memenuhi dinamik pemanduan BMW.

Mode 4WD menetapkan kawalan kereta yang bagus dan cengkaman tayar pada permukaan jalan yang cemerlang. Dalam mode 4WD Sport, dinamik pemanduan diubah agar menekan ketangkasan dan sporti. Lebih banyak kuasa akan dihantar ke tayar belakang dan jika mahu pemandu boleh melakukan drift dalam keadaan terkawal.

Apabila mode 2WD pula dipilih, transfer case akan menghentikan penghantaran kuasa ke tayar depan dan semua kuasa dari enjin akan dihantar ke tayar belakang 100%. Bagi mengaktifkan mode ini, sistem Dynamic Stability Control mesti dimatikan bagi pemandu mengawal sendiri kereta dan melakukan drift.

Sistem BMW M xDrive ditemani dengan Central Intelligents yang menerima data daripada input stering, pedal minyak, halaju putaran tayar dan juga dinamik kenderaan (roll, yaw & pitch) bagi mengasilkan penghantaran tork yang optima antara tayar depan juga belakang.

Sistem ini juga dilengkapi dengan Active M Differential pada gandar belakang yang bertindak menghantar nilai tork yang sesuai antara tayar kiri dan kanan di gandar belakang.

Google ads
Back to top button